SeBuah HaRaPaN..............

Tentang Harapanku............
Tentang Harapan kewujudan....
Tentang Harapan Mengenali....
Tentang Harapan Penantian....
Tentang Harapan Kasih........
Tentang Harapan Sayang.......
Tentang Harapan Sebuah Cinta Sejati....
Layakkah...
Diri Ini...Merasai Kepahitan dan Kemanisan Cinta...
Atau Cinta Hanya Satu Kesakitan.

Cak-Cak

Followers

Isnin, Jun 27, 2011

Ku Harap Cinta 7


Part 7

   Hari ini, aku cuti lagi setelah kembali dari Bali. Aku memang telah merancang sekembalinya aku dari Bali aku mahu menghabiskan masa bersama anakku. Nasib lah aku di beri cuti selama 5 hari termasuk kepergiaanku di Bali.

    Pagi-pagi lagi aku di kejutkan dengan deringan telefon bimbitku.

“Hello asalamualaikum....”ucapku siapalah telefon pagi-pagi camni. Keluhku.

“Hai...waalaikumsalam.....”ucapnya pula.

“Ye...siapa ye...”tanyaku.

“Sayang...tak cam suara abang ke?”tanyanya. Aku terkejut dengan kenyataannya. Sah ‘suami tercintaku’. Menyesal pulak bagi nombor telefon semalam. Tapi kalau tak bagi, dah tentu-tentu merayu tak boleh blah pulak. Teringat semasa dalam pesawat semalam, tak sangka aku duduk sebelah ‘suami tercinta’. Sedar-sedar je, ‘suami tercinta’ menegurku.

“Erm...maaf...saya tak cam tadi. Er...mm..ada apa-apa yang penting ke?Tanyaku dengan gugup. Aku dengar dia tergelak.

“Aik!!..takkan ada perkara penting baru nak telefon sayang. Sayang sihat tak?”tanyanya pulak. ‘suami tercinta’ ni dah buang tabiat agaknya. Dah tentu-tentu lah aku sihat, dia kan bersama aku  sepanjang dalam perjalanan di pesawat tu semalam.

“Er..mm..ye...saya sihat”namun aku menjawab untuk tidak membiarkannya terus bertanya. Aku sebenarnya nak blah je dan tutup talian telefon ni. Tapi tak manis pulak. Kang di kata tak sopan. Aku kan perempuan melayu terakhir hehehehe...tapi tu kata Izat lah bila dia sakat aku.

“Sayang...you still there?”tanyanya mematikan lamunanku.

“Ya..ya....”kataku dengan gugup dan berdebar-debar. Tak sudah-sudah dengan perkataan sayang lah lelaki ni. Omelku

“Sayang dah sarapan?”soal ‘suami tercinta’.

“Baru nak siapkan sarapan. Ingat kejap lagi nak beli nasi lemak kat gerai nanti. Penat tak hilang lagi lah malas nak masak.”kataku cuba nak beramah kepada ‘suami tercinta’.

“Camtu abang belikan sarapan kang kita makan sama” Cadangnya.

“Ha!!...eh takpe susah-susah, kejap lagi saya nak keluar jugak ni.”kataku.

“Alah...takpelah...kejap lagi abang sampai rumah ye. Bye sayang....”Katanya lantas menutup talian. Aku pulak terpingga-pingga. Biar betul ‘suami tercinta’ ni. Tak menyempat lah...dia tahu ke menuju ke rumah ni. Keluhku.

  Minit berganti minit. Aku gelisah menanti kedatangan ‘suami tercinta’ sambil melihat jam di dinding. Dari mesejnya tadi, sebentar lagi dia akan tiba. Aduh...kenapa pulak perasaan aku semakin berdebar ni. ‘suami tercinta’ cuma nak makan bersama je lah. Lagipun Camelia dan Harez kan ada kat rumah ni. Gumamku.

“Nina.”tegur Camelia mematikan lamunanku.

“Ha!!...”Aku terperanjat dengan tegurannya.

“Kau ni apahal. Macam ayam berak kapur je aku tengok. Kau sembelit ke?”soalnya.

“Isy...kau ni. Ke situ pulak.”aku mejeling ke arahnya.

“Dah tu, yang kau mundar mandir dah macam tunggu ayam nak menetas je ni apa kes?”soal Camelia dengan selorohnya.

“Aduh...musibah nak datang ni”ujarku hingga membuat kening Camelia terangkat.

“Musibah apa bendanya. Kau??”soalnya dah terlambat. Loceng kat pintu dah minta untuk di buka sebelum aku menjelaskan apa-apa.

  Aku berlalu dan menuju ke pintu. Aku menatap wajah Camelia sebelum aku membuka pintu. Riak wajahnya juga dengan tanda tanya dan menjongketkan bahu untuk kepastian.. pasti dalam benaknya ingin tahu kedatangan siapa di pagi-pagi hari tu.

“Assalamuailaikum....sayang...”katanya seraya aku membuka grill dan berbisik di telingaku. Memberinya ruang untuk masuk ke dalam rumah.

“Waalaikumussalam....”Kataku menjawab salamnya.

“Nina siapa?”teriak Camelia

“Hai..   kakak taufu.”jawabnya seraya masuk ke dalam rumah. Aku Cuma memerhatikan gelagatnya. Nyata Camelia terkejut dengan kedatangan sahabatnya itu.

“Baiya cendol?”ucap Camelia

“Mana kau tahu alamat rumah ni. Rasanya aku tak bagi pun semalam kan?”soal Camelia lagi.

“Alah...aku kan super hero, aku dah terbau-bau mana alamat rumah Nur Amanina ni” katanya seraya memandang tepat ke wajahku. Aku pulak dah terkejut beruk dengan pengakuannya.

Aik!! Sejak bila pulak lah aku bagi alamat rumah ni, semalam aku cuma bagi nombor handphone aku je.Tu pun sebab dia duk rayu-rayu aku cam pujuk girlfriend je. Kalau ikutkan kepala angin aku, dah aku hempuk je kepala dia dengan kasut aku. Huhuhuhu.....tapi bila dia buat muka cam tak laku tu, aku bagi jugak lah sebab tak tahan orang kat sebelah aku dah pndang-pandang. Aku masa tu duduk kat tengah-tengah di apit oleh ‘suami tercinta’ dan lelaki yang tak aku kenali dalam pesawat tu. Mana tak bengang siap perkataan sayang-sayang dia yang tak nak blah tu. Malu lah aku.

“Erm...lain macam je. Korang memang dah lama kenal ke?. Ada perkara yang aku tertinggal ke Nina?”soal Camelia memandang ke arahku bersilih ganti dengan wajah sahabatnya.

“Alah relaks lah kakak taufu, aku cuma nak mendalami hati isteri aku ni. Lagipun aku dah lama cari dia tau.”ujarnya. Kata-katanya itu membuat aku terkejut dan berdebar-debar. Kenyataannya itu membuat hati aku semakin berkocak. Apa maksud ‘suami tercinta’ ni. Lantas aku memandang wajahnya dengan tajam bersilih ganti wajah Camelia untuk mendengar penjelasan dengan kenyataan yang sebentar tadi di ucapkannya.

“Apa maksud kau baiya cendol?”soal Camelia juga terkejut dengan pengakuan sahabatnya.

“Hei!!!!....kenapa pandang aku camtu. Aku salah cakap ke?” soalnya dengan menoleh ke arahku dan Camelia. Wajah ‘suami tercinta’ begitu tenang pada pandanganku.

“Kau cakap....”Camelia bersuara

“Hei!!! girls....korang nak telan aku ke?. Alamak...aku takut lah...tolong lah jangan apa-apakan aku. Aku orang baik, aku takde mak tau!!...aku salah cakap tadi. Ampunkan hamba penunggu condo. Ampunkan hamba penunggu condo”selorohnya dengan riak muka selambanya dan sujud ke lantai seperti orang yang menunggu hukuman di jatuhkan oleh sang raja dalam cerita-cerita lagenda.. Geli hati melihat kelakuaannya. Cutenya dia. Ujarku.

Lantas serentak meledak ketawa aku dan Camelia melihat telatahnya. Dan ketika itulah Harez muncul dengan raut wajah cemberutnya menatap wajahku. Dari raut wajahnya, jelas memperlihatkan marahnya kerana di ganggu lenanya yang panjang. Tau sangat dah, karenah anakku sorang tu, kalau tak cukup tidur camtu lah memek mukanya.

“Apa ni mama...mummy...bising lah. Harez kan nak tido lagi.”Omelnya dengan muka yang berpisat-pisat memandang ke arahku dan Camelia. Muncungnya jangan cakap lah dah panjang sedepah. Cutenya anakku di pagi-pagi hari ni. Rasa nak gomol-gomol je pipinya tu.

“Alah-alah...manje mama dah bangun ye. Sorry sayang....”aku mendepangkan tangan untuk memeluknya. Tapi dalam keadaan mamai dan mata yang masih tertutup tu, anakku lantas memeluk erat ‘suami tercinta’ di hadapannya. Aku terkedu. ‘suami tercinta’ pulak menoleh ke arahku dengan riak terkejutnya.

“Sayang...mama kat sini lah. Harez peluk siapa tu”soalku untuk menyedarkan anakku dari mamainya. Dan juga menyelamatkan keadaan ‘suami tercinta’ yang terpinga-pinga dengan tingkah spontan Harez memeluknya.

Daddy...mama dan mummy bising lah. Leh tak jap lagi daddy piat telinga mereka. Suka buat bising. Kan malam lagi ni, Harez nak tido lah. Kacau je”rungutnya. Harez mendepangkan ke dua-dua tangannya kepada ‘suami tercinta’ dengan mata yang masih tertutup. Spontan pulak ‘suami tercinta’ mendukung dan memeluknya erat.

Aku melopong. Begitu juga Camelia memandangku bersilih ganti dengan wajah sahabatnya.Ternyata Harez masih dalam keadaan mamai. Tapi....kenapa hati aku berdebar dengan laju. Tapi....ada keindahan di situ. Pandanganku sukar untuk di gambarkan. Kelopak mataku mula berasa panas. Amanina tiba-tiba gagal menahan sebak. Setitik airmatanya gugur tanpa di sedari. Lantas Amanina mengesatnya segera dan berlalu ke meja makan menyiapkan sarapan yang di bawa ‘suami tercinta’ sebentar tadi.

“Erm...baringkan Harez kat sofa tu je. Ngantuk sangat dia kan.”arahnya kepada ‘suami tercinta’. Camelia bersuara memecahkan hening yang tiba-tiba pilu itu. Aku tahu Camelia perasan dengan raut wajahku sebentar tadi.

“Erm..aa...mm..jom makan sarapan dah siap ni. Harez tu awak letak je kat sofa tu. Harez kalau dah tak cukup tido camtu lah. Suka membebel. Ntah perangai siapa lah anakku tu.”luahku dengan gugup.

“Takpe ke baringkan dia kat sini. Kang makin mengamuk pulak dia bila dengar bising-bising.”soal ‘suami tercinta’ dan menoleh ke arahku.

“Alah..takpe. jap lagi dalam 30 minit kang, sedar lah dia balik. Kejap je bebel dia tu, kang tak tahan bising, bangun lah dia dengan senyuman” jawabku tanpa melihat wajah ‘suami tercinta’.

“Meh la baiya cendol. Kita sarapan dulu. Tentang Harez tu tak yah di risaukan sangat.”ujar Camelia.

“Okey..”jawab ‘suami tercinta’ dan menoleh ke raut wajah Harez yang telah di baringkannya di sofa itu. Ada ketenangan di situ. Tapi dia sendiri sukar untuk luahkan. Pandangan matanya, wajah comel itu seakan sebati dengan jiwanya. Perlahan-lahan dia menunduk dan mengucup pipi dan dahi wajah Harez.

Namun tingkahnya itu, di perhatikan Amanina dari arah dapur tanpa sedarnya. Amanina ketika itu, mengambil cawan-cawan yang tersusun di kabinet condonya sedang menuju  ke meja makan sambil membawa cawan. Tingkahnya itu, membuatkan Amanina hampir-hampir terjatuh dengan cawan yang di bawanya. Sekali lagi, Amanina melopong dan tiba-tiba ada senyuman dari bibirnya yang sukar untuk di pertontonkan.. Lantas sekali lagi airmata Amanina gugur tanpa di kehendakinya. Perasaannya saat itu juga semakin sedih dan sayu dengan drama sebabak itu.

Cuitan di pinggang dari arah belakang mematikan lamunanku. Aku tahu itu usikkan Camelia. Aku segera beredar ke meja makan dan meletakkan cawan. Aku tak mahu Camelia menyedari perubahan wajahku.

“Erm...meh la makan. Perut dah lapar ni. Nanti ada pulak yang gastrik saya tak tahu.”ujarku bagi menghilangkan kegugupanku dengan drama sebentar tadi.

“Baiklah permaisuriku. Dari tadi membebel je ye”jawab ‘suami tercinta’ dan duduk di sebelahku dan kenyitan mata ke arahku.

“Amboi....permaisuri bagai....jadi yang kau tu baiya cendol raja lah ye.”soal Camelia dan mengetuk kepala ‘suami tercinta’ dengan sudu yang di pegangnya.

“Auch...kau ni Camelia tak sudah-sudah brutal kau lah. Aku ingat bila kau dah cantik jelita camni, dah jadi wanita yang sopan santun. Rupa-rupanya ganazzz gilerrr.....”celucon ‘suami tercinta’ serta sengihan hodohnya ke arah Camelia. Aku yang hanya memerhati dari tadi cuma tersenyum. Dari hanya tersenyum akhirnya meledak ketawa dengan kuat. Sungguh terhibur. Cute sangat dengan drama sebabak tu. Keluhku.

Tiba-tiba serentak Camelia dan ‘suami tercinta’ memandang ke arahku dengan tajam.

“Apa gelak-gelak”jawab mereka serentak.

“Erm....tambah nasi...tambah nasi....”jawabku dengan gugup tanpa melihat wajah mereka. Aku tahu aku dah bersalah mentertawakan mereka. Namun semakin aku tahan akhirnya meledak ketawa aku sekali lagi dengan tingkahku sendiri.

“Nur Amanina......”teriak mereka serentak sambil bercekak pinggang memandang ke arahku.

Spontan itu, aku bangun dan mencubit pipi  Camelia dan ‘suami tercinta’.

“Erm....sayang kat kau Camelia” aku memeluk dan mengucup pipinya dan kemudian beralih ke ‘suami tercinta’. Aku terkedu dan tersedar....aku hampir-hampir memeluk dan mengucupnya bila pandangan mata ‘suami tercinta’ bertaut di hadapanku. Ah...malunya.....nasib baik aku tersedar. Kalau tak, aku dah tentu dalam pelukan ‘suami tercinta’ tu. Pastu di cop nak mengatal pulak kat dia. Isy....malunya......mana nak sembunyi ni. Dah la muka tampan kat hadapan aku ni. Ahh....tolong........mukaku tahap ni dah memerah macam darah penuh kat muka.

“Minta ampun pak penunggu si guntang...tak sengaja...”kataku berseloroh dengan menunduk  tanpa melihat raut wajahnya.

“Kenapa tak teruskan je tadi. Buat-buat tak nampak kan elok.”ada sengihan dan senyuman di bibirnya. Aku tahu ‘suami tercinta’ mengusikku.

“Isy....aku tak nampak tau Nina. Kalau aku nampak pun aku buat-buat tak nampak lah”usik Camelia pulak.

“Ermmmmm.....Camelia kau tak nampak jugak kan.”katanya lagi.

“Yelah...aku tak nampak apa-apa pun unsur-unsur ganazz dan xxxxxxx......kat situ.”usik Camelia.

“Dahlah....dahlah.....”kataku dengan gugup dan sengihan manja ku alihkan ke wajah Camelia dan ‘suami tercinta’. Malu tahap tak leh blah.....

Serentak Camelia dan ‘suami tercinta’ tergelak dengan tingkahku. Dari hanya tergelak akhirnya meledak ketawa mereka sehingga mengejutkan Harez dari lenanya.

“Aaaaaaaaaaaaaa..................”teriak Harez mengejutkan kami semua. Mata kami terus tertumpu ke arah Harez. Spontan itu juga, anakku Harez jatuh tergolek ke bawah. Mungkin anakku itu bermimpi. Aku segera ingin mendapatkannya. Tetapi langkah ‘suami tercinta’ mendahuluiku dan mengangkat Harez serta membetulkan pembaringan Harez di sofa.

Kalau aku di beri kuasa aku ingin hentikan drama sebabak itu. Aku impikan betapa bahagianya jika lelaki di hadapanku ini adalah seorang suami dan papa kepada Harez. Tak dapat aku gambarkan betapa indahnya perasaanku di kala ini. Namun tumpuan dan lamunanku terhenti bila ada senyuman terarah ke wajahku. Aku membalasnya dan menatap wajah ‘suami tercinta’ seketika. Kemudian aku segera berpusing untuk berlalu. Lantas ada tangan memegangku kejap. Aku terkejut dan menoleh ke arahnya. Aku terkedu dan memandang raut wajah ‘suami tercinta’ di hadapanku.

“Maafkan abang......”katanya dengan merenung mataku.

“Saa...sa...ya....”jawabku.

“Syss.....abang tahu apa yang ada kat hati sayang....”katanya lagi.

“Apa maksud awak?”soalku.

“Apa yang penting sekarang, abang harap sayangku Nur Amanina buka pintu hatinya menerima kehadiran seorang lelaki yang benar-benar ingin menunaikan tanggungjawabnya yang dah lama terabai di hati Nur Amanina.?ujarnya.

“Awak....”

“Syss...biar abang yang bercakap sayang...”ujarnya.

“Tapi.....saya tak faham maksud awak.”jawabku.

“Satu hari nanti, Nur Amanina akan bebas dari belenggu semua ini.”ujarnya sekali lagi.

“Saya semakin tak faham apa awak cakap ni.”kataku dan merenung matanya.

Sekali lagi ‘suami tercinta’ mencapai semula tangan Amanina. Kemudian tangan itu diramas perlahan-lahan. Entah mengapa dada Amanina rasa berdebar-debar dengan sentuhan itu. Lalu matanya di pejam rapat-rapat. Dia tak mahu dirinya terleka dengan sentuhan itu, lantas Amanina menarik tangannya dari genggaman tangan ‘suami tercinta’ dan terlerai. Panahan mata ‘suami tercinta’ terarah di hadapan bila Amanina kembali dari lekanya. Spontan itu, ‘suami tercinta’ mendekati Amanina dan meluah kata-kata yang seakan-akan berbisik. Sepatah pun aku tak dapat mendengarnya dengan jelas.

1 ulasan:

  1. susah nak faham citer ni - ada 3 hero - yg mana satu bekas suami (becerai or?) amanina ni - if suami tercinta bkn suami nya- napa boleh pegang, peluk, sama dlm bilek hotel - eeeeiiiii kn haram tuh! - mcm geli je aku bace perbuatan suami tercinta ni - ia lh f bkn suami amanina - terlalu lebih mesra - geliiiii

    BalasPadam