Part 7
Hari ini, aku
cuti lagi setelah kembali dari Bali. Aku memang telah merancang sekembalinya
aku dari Bali aku mahu menghabiskan masa bersama anakku. Nasib lah aku di beri
cuti selama 5 hari termasuk kepergiaanku di Bali.
Pagi-pagi lagi
aku di kejutkan dengan deringan telefon bimbitku.
“Hello asalamualaikum....”ucapku siapalah telefon
pagi-pagi camni. Keluhku.
“Hai...waalaikumsalam.....”ucapnya pula.
“Ye...siapa ye...”tanyaku.
“Sayang...tak cam suara abang ke?”tanyanya. Aku terkejut
dengan kenyataannya. Sah ‘suami tercintaku’. Menyesal pulak bagi nombor telefon
semalam. Tapi kalau tak bagi, dah tentu-tentu merayu tak boleh blah pulak. Teringat semasa dalam
pesawat semalam, tak sangka aku duduk sebelah ‘suami tercinta’. Sedar-sedar je,
‘suami tercinta’ menegurku.
“Erm...maaf...saya tak cam tadi. Er...mm..ada apa-apa
yang penting ke?Tanyaku dengan gugup. Aku dengar dia tergelak.
“Aik!!..takkan ada perkara penting baru nak telefon
sayang. Sayang sihat tak?”tanyanya pulak. ‘suami tercinta’ ni dah buang tabiat
agaknya. Dah tentu-tentu lah aku sihat, dia kan bersama aku sepanjang dalam perjalanan di pesawat tu
semalam.
“Er..mm..ye...saya sihat”namun aku menjawab untuk tidak
membiarkannya terus bertanya. Aku sebenarnya nak blah je dan tutup talian telefon ni. Tapi tak manis pulak. Kang di
kata tak sopan. Aku kan perempuan melayu terakhir hehehehe...tapi tu kata Izat
lah bila dia sakat aku.
“Sayang...you still
there?”tanyanya mematikan lamunanku.
“Ya..ya....”kataku dengan gugup dan berdebar-debar. Tak
sudah-sudah dengan perkataan sayang lah lelaki ni. Omelku
“Sayang dah sarapan?”soal ‘suami tercinta’.
“Baru nak siapkan sarapan. Ingat kejap lagi nak beli nasi
lemak kat gerai nanti. Penat tak hilang lagi lah malas nak masak.”kataku cuba
nak beramah kepada ‘suami tercinta’.
“Camtu abang belikan sarapan kang kita makan sama”
Cadangnya.
“Ha!!...eh takpe susah-susah, kejap lagi saya nak keluar
jugak ni.”kataku.
“Alah...takpelah...kejap lagi abang sampai rumah ye. Bye
sayang....”Katanya lantas menutup talian. Aku pulak terpingga-pingga. Biar
betul ‘suami tercinta’ ni. Tak menyempat lah...dia tahu ke menuju ke rumah ni.
Keluhku.
Minit berganti
minit. Aku gelisah menanti kedatangan ‘suami tercinta’ sambil melihat jam di
dinding. Dari mesejnya tadi, sebentar lagi dia akan tiba. Aduh...kenapa pulak
perasaan aku semakin berdebar ni. ‘suami tercinta’ cuma nak makan bersama je
lah. Lagipun Camelia dan Harez kan ada kat rumah ni. Gumamku.
“Nina.”tegur Camelia mematikan lamunanku.
“Ha!!...”Aku terperanjat dengan tegurannya.
“Kau ni apahal. Macam ayam berak kapur je aku tengok. Kau
sembelit ke?”soalnya.
“Isy...kau ni. Ke situ pulak.”aku mejeling ke arahnya.
“Dah tu, yang kau mundar mandir dah macam tunggu ayam nak
menetas je ni apa kes?”soal Camelia dengan selorohnya.
“Aduh...musibah nak datang ni”ujarku hingga membuat kening
Camelia terangkat.
“Musibah apa bendanya. Kau??”soalnya dah terlambat. Loceng
kat pintu dah minta untuk di buka sebelum aku menjelaskan apa-apa.
Aku berlalu dan
menuju ke pintu. Aku menatap wajah Camelia sebelum aku membuka pintu. Riak
wajahnya juga dengan tanda tanya dan menjongketkan bahu untuk kepastian.. pasti
dalam benaknya ingin tahu kedatangan siapa di pagi-pagi hari tu.
“Assalamuailaikum....sayang...”katanya seraya aku membuka
grill dan berbisik di telingaku.
Memberinya ruang untuk masuk ke dalam rumah.
“Waalaikumussalam....”Kataku menjawab salamnya.
“Nina siapa?”teriak Camelia
“Hai.. kakak
taufu.”jawabnya seraya masuk ke dalam rumah. Aku Cuma memerhatikan gelagatnya.
Nyata Camelia terkejut dengan kedatangan sahabatnya itu.
“Baiya cendol?”ucap Camelia
“Mana kau tahu alamat rumah ni. Rasanya aku tak bagi pun
semalam kan?”soal Camelia lagi.
“Alah...aku kan super
hero, aku dah terbau-bau mana alamat rumah Nur Amanina ni” katanya seraya
memandang tepat ke wajahku. Aku pulak dah terkejut beruk dengan pengakuannya.
Aik!! Sejak bila pulak lah aku bagi alamat rumah ni,
semalam aku cuma bagi nombor handphone
aku je.Tu pun sebab dia duk rayu-rayu
aku cam pujuk girlfriend je. Kalau
ikutkan kepala angin aku, dah aku hempuk
je kepala dia dengan kasut aku. Huhuhuhu.....tapi bila dia buat muka cam tak
laku tu, aku bagi jugak lah sebab tak tahan orang kat sebelah aku dah
pndang-pandang. Aku masa tu duduk kat tengah-tengah di apit oleh ‘suami
tercinta’ dan lelaki yang tak aku kenali dalam pesawat tu. Mana tak bengang
siap perkataan sayang-sayang dia yang tak nak blah tu. Malu lah aku.
“Erm...lain macam je. Korang memang dah lama kenal ke?.
Ada perkara yang aku tertinggal ke Nina?”soal Camelia memandang ke arahku
bersilih ganti dengan wajah sahabatnya.
“Alah relaks lah kakak taufu, aku cuma nak mendalami hati
isteri aku ni. Lagipun aku dah lama cari dia tau.”ujarnya. Kata-katanya itu
membuat aku terkejut dan berdebar-debar. Kenyataannya itu membuat hati aku
semakin berkocak. Apa maksud ‘suami tercinta’ ni. Lantas aku memandang wajahnya
dengan tajam bersilih ganti wajah Camelia untuk mendengar penjelasan dengan
kenyataan yang sebentar tadi di ucapkannya.
“Apa maksud kau baiya cendol?”soal Camelia juga terkejut
dengan pengakuan sahabatnya.
“Hei!!!!....kenapa pandang aku camtu. Aku salah cakap
ke?” soalnya dengan menoleh ke arahku dan Camelia. Wajah ‘suami tercinta’
begitu tenang pada pandanganku.
“Kau cakap....”Camelia bersuara
“Hei!!! girls....korang
nak telan aku ke?. Alamak...aku takut lah...tolong lah jangan apa-apakan aku.
Aku orang baik, aku takde mak tau!!...aku salah cakap tadi. Ampunkan hamba
penunggu condo. Ampunkan hamba
penunggu condo”selorohnya dengan riak
muka selambanya dan sujud ke lantai seperti orang yang menunggu hukuman di
jatuhkan oleh sang raja dalam cerita-cerita lagenda.. Geli hati melihat
kelakuaannya. Cutenya dia. Ujarku.
Lantas serentak meledak ketawa aku dan Camelia melihat
telatahnya. Dan ketika itulah Harez muncul dengan raut wajah cemberutnya
menatap wajahku. Dari raut wajahnya, jelas memperlihatkan marahnya kerana di
ganggu lenanya yang panjang. Tau sangat dah, karenah anakku sorang tu, kalau
tak cukup tidur camtu lah memek
mukanya.
“Apa ni mama...mummy...bising
lah. Harez kan nak tido lagi.”Omelnya dengan muka yang berpisat-pisat memandang
ke arahku dan Camelia. Muncungnya jangan cakap lah dah panjang sedepah. Cutenya anakku di pagi-pagi hari ni.
Rasa nak gomol-gomol je pipinya tu.
“Alah-alah...manje mama dah bangun ye. Sorry sayang....”aku mendepangkan tangan
untuk memeluknya. Tapi dalam keadaan mamai dan mata yang masih tertutup tu,
anakku lantas memeluk erat ‘suami tercinta’ di hadapannya. Aku terkedu. ‘suami
tercinta’ pulak menoleh ke arahku dengan riak terkejutnya.
“Sayang...mama kat sini lah. Harez peluk siapa tu”soalku
untuk menyedarkan anakku dari mamainya. Dan juga menyelamatkan keadaan ‘suami
tercinta’ yang terpinga-pinga dengan tingkah spontan Harez memeluknya.
“Daddy...mama
dan mummy bising lah. Leh tak jap
lagi daddy piat telinga mereka. Suka
buat bising. Kan malam lagi ni, Harez nak tido lah. Kacau je”rungutnya. Harez
mendepangkan ke dua-dua tangannya kepada ‘suami tercinta’ dengan mata yang
masih tertutup. Spontan pulak ‘suami
tercinta’ mendukung dan memeluknya erat.
Aku melopong. Begitu juga Camelia memandangku bersilih
ganti dengan wajah sahabatnya.Ternyata Harez masih dalam keadaan mamai.
Tapi....kenapa hati aku berdebar dengan laju. Tapi....ada keindahan di situ.
Pandanganku sukar untuk di gambarkan. Kelopak mataku mula berasa panas. Amanina
tiba-tiba gagal menahan sebak. Setitik airmatanya gugur tanpa di sedari. Lantas
Amanina mengesatnya segera dan berlalu ke meja makan menyiapkan sarapan yang di
bawa ‘suami tercinta’ sebentar tadi.
“Erm...baringkan Harez kat sofa tu je. Ngantuk sangat dia
kan.”arahnya kepada ‘suami tercinta’. Camelia bersuara memecahkan hening yang
tiba-tiba pilu itu. Aku tahu Camelia perasan dengan raut wajahku sebentar tadi.
“Erm..aa...mm..jom makan sarapan dah siap ni. Harez tu
awak letak je kat sofa tu. Harez kalau dah tak cukup tido camtu lah. Suka
membebel. Ntah perangai siapa lah anakku tu.”luahku dengan gugup.
“Takpe ke baringkan dia kat sini. Kang makin mengamuk
pulak dia bila dengar bising-bising.”soal ‘suami tercinta’ dan menoleh ke
arahku.
“Alah..takpe. jap lagi dalam 30 minit kang, sedar lah dia
balik. Kejap je bebel dia tu, kang tak tahan bising, bangun lah dia dengan
senyuman” jawabku tanpa melihat wajah ‘suami tercinta’.
“Meh la baiya cendol. Kita sarapan dulu. Tentang Harez tu
tak yah di risaukan sangat.”ujar Camelia.
“Okey..”jawab ‘suami tercinta’ dan menoleh ke raut wajah
Harez yang telah di baringkannya di sofa itu. Ada ketenangan di situ. Tapi dia
sendiri sukar untuk luahkan. Pandangan matanya, wajah comel itu seakan sebati
dengan jiwanya. Perlahan-lahan dia menunduk dan mengucup pipi dan dahi wajah
Harez.
Namun tingkahnya itu, di perhatikan Amanina dari arah
dapur tanpa sedarnya. Amanina ketika itu, mengambil cawan-cawan yang tersusun
di kabinet condonya sedang
menuju ke meja makan sambil membawa
cawan. Tingkahnya itu, membuatkan Amanina hampir-hampir terjatuh dengan cawan
yang di bawanya. Sekali lagi, Amanina melopong dan tiba-tiba ada senyuman dari
bibirnya yang sukar untuk di pertontonkan.. Lantas sekali lagi airmata Amanina
gugur tanpa di kehendakinya. Perasaannya saat itu juga semakin sedih dan sayu
dengan drama sebabak itu.
Cuitan di pinggang dari arah belakang mematikan
lamunanku. Aku tahu itu usikkan Camelia. Aku segera beredar ke meja makan dan
meletakkan cawan. Aku tak mahu Camelia menyedari perubahan wajahku.
“Erm...meh la makan. Perut dah lapar ni. Nanti ada pulak
yang gastrik saya tak tahu.”ujarku
bagi menghilangkan kegugupanku dengan drama sebentar tadi.
“Baiklah permaisuriku. Dari tadi membebel je ye”jawab
‘suami tercinta’ dan duduk di sebelahku dan kenyitan mata ke arahku.
“Amboi....permaisuri bagai....jadi yang kau tu baiya
cendol raja lah ye.”soal Camelia dan mengetuk kepala ‘suami tercinta’ dengan
sudu yang di pegangnya.
“Auch...kau ni Camelia tak sudah-sudah brutal kau lah. Aku ingat bila kau dah
cantik jelita camni, dah jadi wanita yang sopan santun. Rupa-rupanya ganazzz
gilerrr.....”celucon ‘suami tercinta’ serta sengihan hodohnya ke arah Camelia.
Aku yang hanya memerhati dari tadi cuma tersenyum. Dari hanya tersenyum
akhirnya meledak ketawa dengan kuat. Sungguh terhibur. Cute sangat dengan drama sebabak tu. Keluhku.
Tiba-tiba serentak Camelia dan ‘suami tercinta’ memandang
ke arahku dengan tajam.
“Apa gelak-gelak”jawab mereka serentak.
“Erm....tambah nasi...tambah nasi....”jawabku dengan
gugup tanpa melihat wajah mereka. Aku tahu aku dah bersalah mentertawakan
mereka. Namun semakin aku tahan akhirnya meledak ketawa aku sekali lagi dengan
tingkahku sendiri.
“Nur Amanina......”teriak mereka serentak sambil bercekak
pinggang memandang ke arahku.
Spontan itu, aku bangun dan mencubit pipi Camelia dan ‘suami tercinta’.
“Erm....sayang kat kau Camelia” aku memeluk dan mengucup
pipinya dan kemudian beralih ke ‘suami tercinta’. Aku terkedu dan
tersedar....aku hampir-hampir memeluk dan mengucupnya bila pandangan mata
‘suami tercinta’ bertaut di hadapanku. Ah...malunya.....nasib baik aku
tersedar. Kalau tak, aku dah tentu dalam pelukan ‘suami tercinta’ tu. Pastu di cop nak mengatal pulak kat dia.
Isy....malunya......mana nak sembunyi ni. Dah la muka tampan kat hadapan aku
ni. Ahh....tolong........mukaku tahap ni dah memerah macam darah penuh kat
muka.
“Minta ampun pak penunggu si guntang...tak
sengaja...”kataku berseloroh dengan menunduk
tanpa melihat raut wajahnya.
“Kenapa tak teruskan je tadi. Buat-buat tak nampak kan
elok.”ada sengihan dan senyuman di bibirnya. Aku tahu ‘suami tercinta’
mengusikku.
“Isy....aku tak nampak tau Nina. Kalau aku nampak pun aku
buat-buat tak nampak lah”usik Camelia pulak.
“Ermmmmm.....Camelia kau tak nampak jugak kan.”katanya
lagi.
“Yelah...aku tak nampak apa-apa pun unsur-unsur ganazz dan xxxxxxx......kat situ.”usik Camelia.
“Dahlah....dahlah.....”kataku dengan gugup dan sengihan
manja ku alihkan ke wajah Camelia dan ‘suami tercinta’. Malu tahap tak leh blah.....
Serentak Camelia dan ‘suami tercinta’ tergelak dengan
tingkahku. Dari hanya tergelak akhirnya meledak ketawa mereka sehingga
mengejutkan Harez dari lenanya.
“Aaaaaaaaaaaaaa..................”teriak Harez
mengejutkan kami semua. Mata kami terus tertumpu ke arah Harez. Spontan itu
juga, anakku Harez jatuh tergolek ke bawah. Mungkin anakku itu bermimpi. Aku
segera ingin mendapatkannya. Tetapi langkah ‘suami tercinta’ mendahuluiku dan
mengangkat Harez serta membetulkan pembaringan Harez di sofa.
Kalau aku di beri kuasa aku ingin hentikan drama sebabak
itu. Aku impikan betapa bahagianya jika lelaki di hadapanku ini adalah seorang
suami dan papa kepada Harez. Tak dapat aku gambarkan betapa indahnya perasaanku
di kala ini. Namun tumpuan dan lamunanku terhenti bila ada senyuman terarah ke
wajahku. Aku membalasnya dan menatap wajah ‘suami tercinta’ seketika. Kemudian
aku segera berpusing untuk berlalu. Lantas ada tangan memegangku kejap. Aku
terkejut dan menoleh ke arahnya. Aku terkedu dan memandang raut wajah ‘suami
tercinta’ di hadapanku.
“Maafkan abang......”katanya dengan merenung mataku.
“Saa...sa...ya....”jawabku.
“Syss.....abang tahu apa yang ada kat hati
sayang....”katanya lagi.
“Apa maksud awak?”soalku.
“Apa yang penting sekarang, abang harap sayangku Nur
Amanina buka pintu hatinya menerima kehadiran seorang lelaki yang benar-benar
ingin menunaikan tanggungjawabnya yang dah lama terabai di hati Nur
Amanina.?ujarnya.
“Awak....”
“Syss...biar abang yang bercakap sayang...”ujarnya.
“Tapi.....saya tak faham maksud awak.”jawabku.
“Satu hari nanti, Nur Amanina akan bebas dari belenggu
semua ini.”ujarnya sekali lagi.
“Saya semakin tak faham apa awak cakap ni.”kataku dan
merenung matanya.
Sekali lagi ‘suami tercinta’ mencapai semula tangan
Amanina. Kemudian tangan itu diramas perlahan-lahan. Entah mengapa dada Amanina
rasa berdebar-debar dengan sentuhan itu. Lalu matanya di pejam rapat-rapat. Dia
tak mahu dirinya terleka dengan sentuhan itu, lantas Amanina menarik tangannya
dari genggaman tangan ‘suami tercinta’ dan terlerai. Panahan mata ‘suami
tercinta’ terarah di hadapan bila Amanina kembali dari lekanya. Spontan itu,
‘suami tercinta’ mendekati Amanina dan meluah kata-kata yang seakan-akan
berbisik. Sepatah pun aku tak dapat mendengarnya dengan jelas.