SeBuah HaRaPaN..............

Tentang Harapanku............
Tentang Harapan kewujudan....
Tentang Harapan Mengenali....
Tentang Harapan Penantian....
Tentang Harapan Kasih........
Tentang Harapan Sayang.......
Tentang Harapan Sebuah Cinta Sejati....
Layakkah...
Diri Ini...Merasai Kepahitan dan Kemanisan Cinta...
Atau Cinta Hanya Satu Kesakitan.

Cak-Cak

Followers

Sabtu, Jun 25, 2011

Ku Harap Cinta 6

Ammar Haikal 7 Tahun Yang Lalu


 

Part 6

  Kereta yang dipandu oleh Camelia terus meluncur laju meninggalkan KLIA. Amanina yang berada di sisinya lebih gemar menyepikan diri. Melayan perasaan dengan mendengar alunan muzik sentimental yang berkumandang di radio Hot fm. Bait-baitnya menusuk kalbunya yang seolah-olah memahami gejolak perasaanya kini. Lagu apa salahku-D’Masiv dari band Indonesia itu sering mendapat permintaan dari pendengarnya dan berkumandang di corong-corong radio.


Apa salahku
Kau buat begini
Kau tarik ulur hatiku
Hingga........ sakit yang ku rasa

  Sakitnya......kenapa kau muncul lagi Irfan....Aku dah tenang sekarang. Kenapa? Kenapa? ....kau nak buat apa lagi dengan kehidupan aku. Tak puaskah kau dengan perbuatan kau dulu.....keluh Amanina.

 Apa memang ini yang kamu inginkan
Tak ada sedikitpun niat ‘tuk serius kepadaku

     Kau memang keji! Sanggup buat aku merana. Kau buat aku jatuh sayang setengah mati dengan dirimu. Tapi akhirnya....kau katakan aku tak layak untuk kau. Tapi kenapa???

 Katakan yang sebenarnya......................
Jangan mau tak mau seperti ini................

   Aku memang bodoh cintakan kau. Memang aku silap....tapi ...bolehkah kau terangakan pada aku, kenapa kau sanggup buat aku sebegini. Jawab Irfan??? Jawab?.....

Akhirnya kini aku mengerti
Apa yang ada dipikiranmu selama ini

  Aku tak layakkah di hatimu? Jawab Irfan.....jawab.......!!!!

Kau hanya ingin permainkan perasaanku
Tak ada hati tak ada cinta

    Tak ada sekelumitkan bersalahnya kau padaku......hati ini kau khianati dengan cintaku. Aku memang tak layak mendapat cinta kau. Sebab hati kau cuma ingin buat aku tewas. Tapi kenapa mesti aku? Aku? Jawab Irfan.....Kau memang berdendam ingin buat aku kecewa. Tapi....’lelaki itu’ siapa pulak? Irfan kau memang sengaja mempertemukan aku dengan ‘lelaki itu’ kan. Kau yang rancang semua ni kan. Jawab Irfan? Jawab.....

Apa memang ini yang kamu inginkan
Tak ada sedikitpun niat ‘tuk serius kepadaku

   Tapi ‘lelaki itu’ siapa? Aku tak ingat wajahnya. Sekelumit pun wajahnya tak pernah ada di bayanganku. Tapi matanya.....ya...matanya. Aku nantikan pandangan mata itu. Di manakah dia? Dia pernah buat aku khayal. Dia juga pernah buat aku menangis tak cukup tanah. Ya...perbuatan ‘lelaki itu’ membuat aku hampir hilang pedoman. Aku terseksa, aku menangis tanpa hala tuju. Aku di tinggalkan setelah dia yakin aku juga tak layak untuk ‘lelaki itu’. Tapi sepeninggalannya ada benih yang aku jaga hingga ke hari ini. Tak relakah dia melihat tanggungjawabnya ini. Tak sudikah dia bersama aku menjaga dan memberi kasih sayangnya kepada tanggungjawabnya. Aku rela maafkannya jika dia benar-benar insaf dengan perbuatannya. Aku rela mengabdikan diri untuk sebuah kerinduan dan cinta seorang anak.

    Kembali lah wahai Ammar Haikal Ya...nama itu....Ammar Haikal. Hanya sekelumit nama itu yang aku ingat. Tapi aku tak mengingati wajahnya.  Pulanglah....aku perlukan kau untuk membesarkan anak ini. Aku tahu kau keliru....tapi aku juga begitu. Aku impikan sebuah kehidupan yang sempurna seperti orang lain meniti kebahagiaan. Kita bersama tanpa cinta dan sayang....tapi aku akan berusaha dan berharap ada cinta untuk kita berdua. Pulanglah...... aku  perlukan jawapan kenapa kau meninggalkan diriku. Aku akan membuka hati ini untukmu walaupun dalam hati masih ada sayang dan rindu kepada orang lain. Maafkan aku .....kerana sehingga ke hari ini aku masih tercari-cari apa silapku dan salahku. Kita berdua jadi mangsa. Kita berdua juga terseksa. Irfan yang merancang semuanya......Irfan yang bersalah.....kau keji Irfan...aku bencikan kau!!!!. Aku benci!!!!.......

Katakan yang sebenarnya
Jangan mau tak mau seperti ini

    
Kembalilah.....Ammar Haikal. Biarlah diriku ini cuma mengharapkan cinta. Tapi berilah cinta dan kasih sayang pada benihmu yang kau tinggalkan padaku. Pulanglah suamiku.....aku akan menyintaimu dan menyayangimu.

“Nina kau okey ke? Dari tadi kau senyap je. Aku panggil kau ulang kali pun tak menyahut ?”luah Camelia mematikan lamunanku yang panjang.

“Aku okey lah”matanya meleret ke belakang tempat duduk melihat anaknya senyap dari tadi. Rupanya Harez dah tidur mungkin dia kepenatan telahku..

“Nampaknya Harez dah tido lah. Kita balik terus lah. Kesian pulak aku nak kejut kalau sampai kat restoran nanti. Aku makan maggie jelah kat rumah nanti.”ujarku seraya memandang sekali lagi ke belakang.

“Erm...penat sangat la tu. Harini aku bawak dia pegi Petrosains. Happynya... bila aku janji nak bawak dia ke sana. Pagi-pagi lagi dah bersiap tau.”Ujar Camelia.

“Kesian Harez. Aku tak dapat nak habiskan cuti dia bersama aku. Terima kasih sebab kau sabar dengan karenah anak aku tu. Cuti yang pendek yang dia ada ni pun aku tak dapat nak luangkan masa bersama dia.”Keluhku.

“Hisy...kau ni Nina. Harez dah tentu faham lah. Anak kau..anak aku jugak tau. Aku takkan beza-bezakan dia walaupun suatu hari nanti aku ada anak sendiri. Harez dah sebati dengan aku jugak. Kalau dia tak ada aku sunyi. Aku dah bersama dia dari dalam perut kau lagi tau.”Selorohnya memujukku.

“Tapi...selama dua tahun ni kau yang jaga dia. Aku tak bersama untuk melihat dia membesar.”Keluh Amanina lagi.

“Kau ni Nina..tak cayakan aku ke? Aku mummy dia lah. Aku akan jaga dia macam anak aku sendiri. Jason pun tak pernah merungut pasal Harez. Malah dia tu lebih-lebih pulak risaukan Harez. Bayangkan Harez jatuh pun aku yang disalahkan.”Luahnya.

“Erm...nampaknya Jason tak sabar lah tu, nak anak sendiri. Dan tak lama lagi Harez dapat adik lah. Hehehe.....”sengihanku sambil mengenyit mata ke arah Camelia.

“Ha!! Tak yah nak sakat aku pulak ye Puan Nur Amanina. Nak lari dari tajuk lah tu. Pandai ye ubah ‘lorong’ bila aku cakap. Yang kau tu, aku tengok dah macam ayam nak potong taji ni apasal pulak. Monyok je. Muka masam macam tapai terlebih cuka pasal apa pulak?”seloroh Camelia.

“Hei!!...tapai tak bubuh cuka lah...tapai bubuh ragi tau!!”ujar Amanina

“Suka hati aku lah nak bubuh perisa apa pun. Bukan aku yang nak makan pun. Tapi... best jugak kalau bagi makan kat kau ni. Mesti makin muncung mulut kau tu hahahahaha..... Lagi pula aku bukannya pernah buat tapai pun. Huhuhuhu...”kata Camelia sambil cebikkan mulut ke arah Amanina untuk menghiburkan hati Amanina. Camelia tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran adik angkatnya itu. Lambat atau cepat Camelia tahu, Amanina  akan mengutarakan juga.

“Aku jumpa Irfan” Luah Amanina dan memandang sekilas raut wajah Camelia yang terkejut dengan kataku.

“Irfan??..Kau jumpa dia kat mana?”Tanya Camelia.

“Bali.”Kataku

“Di majlis yang sama ke?”Tanya Camelia lagi.

“Erm...Ya...haa.....”kataku dan keluhan yang memberat.

“Habis tu?”Tanya Camelia.

“Dia tahu semua tentang aku termasuk Harez” Luahku

“Kau masih harapkan dia?”tanyanya dan menoleh ke arahku.

“Entahlah. Aku tak tahu jawapannya. Berat untuk aku hadapinya sekali lagi. ya...memang aku sayangkan dia. Tapi dia......haaa....”Keluhku.

“Sabar lah Nina. Aku tahu kau kuat. Aku sentiasa ada untuk kau. Ingat tu, aku sebagai kakak akan sokong apa jua yang kau fikir dan putuskan“ujar Camelia dan mengusap bahuku.

“Baiklah che che...”selorohku untuk menghilangkan kegusaranku menghadapi kehidupan yang penuh dugaan ini. Akhirnya meledak ketawa aku dan Camelia sehingga menyedarkan Harez dari tidurnya.

“Mama..mummy kita dah sampai tempat makan ke?Tanyanya. Amanina dan Camelia terkejut dengan pertanyaan tiba-tiba itu. Amanina  segera menoleh ke belakang dan Camelia cuma melihat dari arah cermin sisi di atasnya untuk melihat sama keadaan Harez.

“Sayang lapar ke?”serentak pertanyaan Amanina dan Camelia.

    Dan serentak itu juga, Harez mengucup pipi Amanina dan Camelia

“Sayanggg mama mmmuuaah...sayanggg mummy mmmuuaah”Luahnya spontan mengucup pipi aku dan Camelia.

“Sayangggg......Harez juga...grrrrrrrr........”serentak aku dan Camelia meluahkannya pula dan mengundang gelak tawa kami bersama. Sebenarnya dah jadi trade mark kitaorang bila berdepan dengan Harez. Bahagianya....walaupun tanpa kasih sayang ayah...Harez membesar dengan kasih sayang aku dan Camelia. 

Harez pernah meluahkannya, walaupun dia tak pernah ada papa...tapi dia cukup happy bila dia punya 2 orang mama dan mummy. Kesian anakku itu. Aku tak dapat membendung kesedihan bila dia mengutarakan sedemikian. Mungkin baginya cukuplah dia ada aku dan Camelia. Anak itu cukup memahami. Maafkan mama sayang....mama tak tahu kat mana nak cari papa. Kembalilah Ammar Haikal. Aku akan cuba mengenalimu,menghayati wajahmu dan biarlah dalam bayangan ini cuma ada dirimu...... pulanglah.....aku dan anakmu menantikanmu.



1 ulasan: