SeBuah HaRaPaN..............

Tentang Harapanku............
Tentang Harapan kewujudan....
Tentang Harapan Mengenali....
Tentang Harapan Penantian....
Tentang Harapan Kasih........
Tentang Harapan Sayang.......
Tentang Harapan Sebuah Cinta Sejati....
Layakkah...
Diri Ini...Merasai Kepahitan dan Kemanisan Cinta...
Atau Cinta Hanya Satu Kesakitan.

Cak-Cak

Followers

Jumaat, Jun 24, 2011

Ku Harap Cinta 5

Part 5

 KLIA 10.00 malam.

“Mana mama ni mummy? Harez tak sabar dah nak peluk mama. Rinduuu... sangat .”luah Harez kepada Camelia.

“Sabar la sayang...kejap lagi mama Harez keluar la,rasanya mama dah sampai tu.”Luah Camelia pulak.

“Ha!!! Tu pun mama.” Harez menunjuk kearah mamanya dan melambai-lambaikan tangan. Amalina yang sememangnya sedang mencari wajah yang dirindui segera mendapatkan anaknya dan mendakap Harez bagi melepaskan rindunya.

“ Hai sayang..... rindu mama tak ni?” seloroh Amanina.

“Dah tentu lah. Rindu sangat-sangat kat mama tau.” Harez mengucup pipi Amanina berulang kali dan merenung wajah mamanya dengan senyuman.

“Kenapa pandang mama camtu? Harez ada buat salah kat mummy ke?”Tanya Amanina dengan memegang erat kedua pipi Harez yang polos itu. Dah tahu sangat dengan pandangan anaknya tu. Mesti dia dah buat salah lah tu.

“Takde lah mama. Betul tak mummy?”kata Harez dan menoleh ke arah Camelia untuk mendapatkan penjelasan.

“Erm...nak mengadu baik ke buruk tentang anak kau ni Nina.”Sakat Camelia untuk meresahkan Harez yang terpingga-pingga memandang raut wajah Camelia dan mamanya bersilih ganti. Belum sempat Camelia bersuara untuk menyakat Harez sekali lagi, laungan nama Nur Amanina dari arah belakangnya mengejutkan mereka.

“Jaket awak”Irfan menyerahkan jaketnya dan segera berlalu mendapatkan drebar yang telah menunggunya. Tanpa pamitan, Amanina tahu pandangan Camelia dan Harez anaknya menimbulkan tanda tanya di benak mereka. Amanina pulak terus di amuk resah apabila kelibat ‘suami tercinta’ dari kejauhan melambai-lambaikan tangan ke arahnya.

“Meh cepat, mama dah lapar la.”Luah Amanina mematikan tanda tanya Camelia dan menarik lembut genggaman anaknya untuk segera pulang.

“Nina... kau kenapa ni? Cam lihat hantu je”sengihan Camelia mematikan langkah Amanina.

“Erm...aku lapar la. Jom la cepat, belanja aku makan.”bohong Amanina.

“Kalau ia pun lapar sangat, tak kan lah  bagasi kau nak tinggalkan kat airport ni.”seraya Camelia menuding jari ke arah bagasi ke arah belakangnya. Menoleh je ‘suami tercinta’ menarik bagasi menuju ke arahnya.

“Sampai hati sayang blah je camtu. Abang tercari-cari sayang je tadi bila keluar dari toilet tau . Kan abang suh tunggu. Nakal betul sayang abang ni ye.” Luahnya itu menarik perhatian Camelia dan segera menoleh.

    Kedua-duanya mempamerkan wajah berkerut. Seakan-akan mengenali antara satu sama lain. Amanina pula semakin resah dengan pandangan ‘suami tercinta’ dan Camelia bersilih ganti memandang ke arahku. Tapi mataku meleret apabila Harez anakku yang kelihatan juga terkejut melihat aksi mummynya dan ‘suami tercintaku’ itu.

“Awak??” serentak luahan kedua-dua sahabat itu seolah terkejut dengan pertemuan tak di duga.

“Kakak taufu? Jemput siapa kat sini?”Tanya ‘suami tercinta’ ke arah Camelia.

“Awak pulak baiya cendol dari mana ni?”Tanya Camelia pulak dengan menolak bahu ‘suami tercinta’.

  Perbualan mereka semakin rancak. Sekali-sekala bertepuk tampar tanpa menghiraukan Amanina dan Harez. Amanina melihat kemesraan itu, menimbulkan tanda tanya dan segera berlalu meninggalkan mereka. Seraya melangkah, laungan ‘suami tercinta’ membuat Amanina segera menoleh semula ke arahnya.

“Sayangg.....”katanya.

  Aku lihat memek muka Camelia turut berubah. Memandang aku bersilih ganti dengan raut wajah ‘suami tercinta’ di hadapannnya. Aku tahu, ni takde lain, mesti nak soal siasat la tu......tapi rengekkan Harez mematikan suara Camelia untuk bertanya.

“Mama....cepatlah...Harez dah penat la.” Luah anakku mengundang pandangan ‘suami tercinta’ ke wajahku. Riak mukanya, aku tahu dia terkejut.

“Erm...anak mummy dah ngantuk la tu yee....”Kata Camelia dan mengusap pipi Harez dengan manje. Sekali lagi raut wajah ‘suami tercinta’ terkejut memandang ke arahku. Lantas ‘suami tercinta’ bersuara.

“Mama??...mummy??..erm...apa ni?”katanya dengan menoleh ke arahku dan Camelia bersilih ganti serta memandang raut wajah comel dalam pegangan Amanina.

“Mama dan mummyku yang tersayang, Harez dah penat la. Jom la balik cepat.”rengekan Harez mematikan ayatku untuk menjelaskan pertanyaannya.. segera Harez menarik kedua-dua tangan Amanina dan Camelia untuk segera beredar.

“Maaflah baiya cendol, nanti kita jumpa lagi ye. Lagipun dah lama tak lepak cam dulu kan. Kang aku belanja la makan cendol kegemaran kau tu.”luah Camelia sambil mengenyit mata ke arah ‘suami tercintaku’.

“Ok..lagipun banyak benda nak story ni. Haritu tak sempat nak bual panjang kat kau, di Singapura tu. Aku busy sangat masa tu, takde masa nak datang birthday anak kau ni.”seraya memandang Harez dengan senyuman dan cubitan manje ke pipinya.

“Ok..kang aku call kau la ye. Kad yang kau bagi tu ada lagi kat aku. Cuti aku ada berbaki 2 hari lagi ni. Esok kita jumpa boleh?”kata Camelia dan memandang raut wajahku. Pandangan Camelia jelas menimbulkan seribu tanda tanya.

“Jumpa lagi sayang...nanti abang call sayang ye”kata ‘suami tercinta’ berbisik di telingaku dan beredar meninggalkan aku yang terkapai-kapai dengan perbuatan spontannya. Aku lihat riak wajah Camelia seakan terkejut dengan tindakan sahabatnya itu. Beraninya dia......Oppss!! kenapa jantung aku berdebar-debar pulak ni.

    Dari jauh aku lihat ‘suami tecinta’ menyerahkan briefcasenya kepada wanita di sampingnya. Nampak formal je tiada kemesraan di situ. Bagasinya di serahkan pula kepada lelaki separuh umur itu. Jelas ‘suami tercintaku’ itu orang-orang yang penting. Siapa dia ni?. Ada senyuman dari kejauhan itu. Senyuman.!!!....aku segera tersedar. Aku lihat dia tersenyum dan menghadiahkan flying kiss ke arahku. Malunya...... aku segera berlari anak mendapatkan Camelia dan Harez yang mendahuluiku.

  Tanpa kesedaran Amanina jugak, ada insan lain yang memerhatikan setiap tingkah laku mereka. Irfan...ya...Naufal Irfan..... satu nama yang ingin di lupakan oleh amanina. Kehadiran Irfan membuat hatinya berkocak lagi dan perasaan itu membunuh kasih sayangnya untuk insan lain. Tapi bagi Irfan pula, kehadirannya kali ini untuk merampas apa yang di tinggalkannya dahulu. Raut wajahnya mempamerkan perasaan gembira, sedih dan cemburu. “Haa.......”Satu keluhan berat meniti di bibirnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan