SeBuah HaRaPaN..............

Tentang Harapanku............
Tentang Harapan kewujudan....
Tentang Harapan Mengenali....
Tentang Harapan Penantian....
Tentang Harapan Kasih........
Tentang Harapan Sayang.......
Tentang Harapan Sebuah Cinta Sejati....
Layakkah...
Diri Ini...Merasai Kepahitan dan Kemanisan Cinta...
Atau Cinta Hanya Satu Kesakitan.

Cak-Cak

Followers

Ahad, Mei 15, 2011

Ku Harap Cinta 4



Part 4


        Pagi-pagi lagi Amanina sudah bersiap. Bau haruman Paris Hilton Can Can memenuhi ruang bilik. Kesegarannya membawa keceriaan kepada Amanina. Harumannya mengalirkan mood yang baik, ceria, segar kelembutan dan seseksi si pemakai. Erm...seksi!!!..aku tak seksi la, yang seksi tu Paris Hilton je. Walaupun dia alergik warna pink, tapi jadi igauan setiap harinya adalah haruman minyak wangi ni. Tapi botolnya tak la keseluruhannya warna pink, cuma penutup botol spraynya je kan hehehe...

    Sesudah solat Subuh ‘suami tercinta’ awal-awal lagi dah keluar bilik ni. Entah ke mana perginya. Tak sempat aku nak bertanya, dia dah lesap. Cam tau-tau je aku nak menghalaunya hahaha...jahatnya aku kan. Tapi elok jugak dia dah blah dari bilik ni, nanti tak pasal-pasal aku tak boleh nak khusyuk pulak. Dah la semalam dia tenung aku semacam je, masa aku solat Isyak. Selesai je bacaan akhir surah Yassin yang aku baca, aku lantas menoleh ke arahnya, aku tersenyum tapi dia leka memandangku tanpa membalasnya. Raut wajahnya seperti sedih je, aku pun tak tau, malas nak bertanya kang jawapannnya dah tentu-tentu la nak ‘bunga-bungakan’ hati aku lagi.  Sepanjang makan malam bersamanya semalam, ‘suami tercinta’ banyak menceriakan suasana. Dia suka berjenaka, aku pula seperti nak pecah perut je dengan jenakanya. Sekejap je aku boleh mesra dengannya. Ntah aura apa yang dia pakai sehingga aku rasa tak jejak bumi menahan ketawa setiap patah perkataan yang di ucapkan.

        Nak tau tak dia bawa aku makan kat mana? Mesti korang ingat aku makan kat restoran kat hotel tu kan. Tapi sebenarnya dia bawa aku makan kat gerai je nama tempatnya  PECEL MADIUN. Tapi kami sampai je tempat tu dah tutup. Aku ragu-ragu jugak nak masuk, rupa-rupanya makanan kami dah terhidang tinggal nak soru je. Rupa-rupanya juga pemilik gerai tu dah kamceng dengan dia. Yalah... lokasi favorite dia la katakan. Gerai tu buka dari pukul 9 pagi hingga 11 malam. Macam-macam la makanan kat atas meja tak tau nak makan apa. Antaranya Empal, Ayam Goreng, Lidah Paru, Otak-Otak, Tahu, Tempe Bacem, Tumis Pare, Bergedil Jagung dan Soto Makasar. Rasanya penuh perut la, nasib tak muntah je tau. Dah  la lapar tahap gaban jadi masing-masing balun je la. Maklumlah kami berdua tak makan seharian tau jadi bedal apa je kat meja tu hahahaha...tahap pelahap jugak kan kami berdua. Makanan tu semua qada’ tau, sebabnya sepanjang kat Bali masing-masing tak pernah makan kenyang-kenyang.

     Harini hari terakhir aku kat Bali. Malam kang nak balik dah. Selepas sahaja selesai acara penutupan majlis aku kena kemas baju dan checkout dari hotel ni. Penerbangan aku pun 7.20 malam nanti. Lagipun majlis ni selesai sebelum makan tengahari jadi sempat jugak pergi shopping apa yang patut. Alah.... setakat nak buat ole-ole untuk kawan-kawan dan ‘buah hatiku’. 

    Aku cuma mengenakan kebaya baba nyonya berwarna biru lembut hadiah pemberian Camelia 2 bulan yang lalu. Ntah!! apa mimpi dia hadiahkan aku baju ni. Acara penutupan pun bukannnya formal sangat pun tapi aku lebih selesa pakai camni. Biar kelihatan anggun gitu sih.

    Acaranya di mulakan dengan sumbangan dana kepada golongan-golongan giat seni yang kurang berupaya yang banyak menghasilkan kesenian yang cukup menarik perhatian di segenap Asia. Bertuahnya mereka di hasilkan bakat yang cukup istimewa walaupun mereka kurang berupaya. Aku sangat kagum dengan kebolehan mereka. Tapi pandanganku tiba-tiba di halang oleh kehadiran mamat ‘gila seks’ yang menegurku dari sisi meja sebelahku. Lantas mamat ‘gila seks’ tu duduk di ruangan kerusi yang dari tadinya kosong di sebelahku.

“Hai Nur Amanina.” tegurnya. Aku lantas berpaling.

“Awak juga tahu nama saya?” tanyaku.

“Dah tentu la. Suami awak yang perkenalkan nama awak. Maaf...pasal kelmarin. Saya tahu awak tertanya-tanya tentang saya kan?” beritahunya.

“Ya...saya pun jadi confuse. Awak kenal saya ke?”tanyaku pula.

“Maaf... sekali lagi. Saya Haziq Shauki” dia menghulurkan tangan. Aku menyambutnya. Huluran salamnya di paut dengan erat payah nak lepaskan. Aku membuntangkan mataku ke arahnya tanda menyuruhnya melepaskan genggaman tangannya.
“Maaf...saya terleka.” Katanya tanda menghilangkan rasa bersalahnya.

“Mana Nia Ramadhani? Semalam dia bersama awak kan.” Tanyaku untuk kepastian untuk mennghilangkan rasa gugup apabila di tenung mamat ‘gila seks’ ni.

“Dia ada shoting sinetron. Semalam dia cuma temankan saya ke majlis ni. Dia teman baik adik saya saje. Mereka sama-sama belajar di universitas di negara Indon ni.”terangnya lagi.

“Ooo.....ingatkan awek. Hehehehe...” aku tersenyum ke arahnya.

“Suami awak adalah penyumbang terbanyak di majlis kesenian ni. Maklum la..punyai syarikat besar di Asia ni kan.” Katanya lagi.

“Ha!!....erm...ya..ya...”Amanina terkejut dengan maklumat yang baru di ketahuinya.

“Bertuahnya awak kan punyai suami camtu, dah la hensome, kaya pulak tu.”tambahnya lagi.

“Awak kenal dia?”tanyaku pulak.

“Kenal camtu je la. Saya pun baru dapat bersemuka kat majlis ni. Selama ni saya hanya tahu dia adalah salah satu pewaris Pearl Holdings kat Asia ni. Banyak jugak anak-anak syarikatnya. Semuanya daripada usaha ibunda kesayangannya. Tapi setakat tu je la yang saya tahu. Selebihnya .......” jawabnya dengan menjungkitkan bahu ke arahku tanpa ada ayat penghabisannya. Satu maklumat lagi aku dapat tahu. Erm...’suami tercintaku’ tu pandai berahsia ye. Sebentar lagi dapatlah aku tahu siapa dia sebenarnya. Hahahaha....rancangan jahat aku dah bermula. Takpe... sabar Nur Amanina jangan terlalu tergesa-gesa nanti ketara je lakonan kau jadi bini ‘suami tercinta’ kau tu kalau kau tanya banyak-banyak kat mamat ni.

“Awak duk kat indon ni ke?”tanyaku.

“Taklah...saya duk kat KL jugak. Saya cuma menghadiri majlis ni atas arahan Papa mewakili syarikatnya untuk menyumbangkan dana. Selebihnya saya melawat family saya kat sini. Papa saya asal dari indon jugak berketurunan campur Jawa Cina.. Mama saya pula orang Melaka berketurunan Melayu baba dan nyonya. Tapi kami beragama islam tau.” Terangnya tanpa aku sempat nak mencelah. Peramah pulak dia ni.

“Patutlah muka awak lebih kepada Chinese Look’” kataku sambil tertawa.

“Awak memang comel la bila ketawa.” Katanya pulak. Seraya mematikan tawaku. Amanina dah tersipu-sipu bila mendapat pujian sebegitu.

“Takpe...comel-comel pun dah berpunya kan.” Tekanku untuk mengingatkannya. Yalah...kang leka dengan dia ni tak pasal-pasal ada lagi hati yang berbagi nak fikir pasal lelaki tau. Dah la fikir pasal Irfan yang tiba-tiba wujud sekali lagi.  Pastu dengan ‘suami tercinta’ lagi. Aduhai.....pusing-pusing. Padahal aku sendiri tak kenal pun dengan ‘suami tercintaku’ itu. Tapi untuk tak di ganggu.... baik aku mengaku je, lagipun tak luak pun.

“Awak mengingatkan saya pada seseorang. Awak ada kembar ke?”tanyanya mematikan lamunanku.

“Ha!!...takde.”jawabku.

“Betul??...takde??.” tanyanya lagi.

“Ya betul.....kenapa?”jawabku dengan wajah yang berkerut untuk kepastian pada soalannya.

“Muka awak seperti.....seperti...arwah tunang saya. Semalam masa awak pengsan Nia Ramadhani ingat awak adalah arwah tunang saya. Dia tak tahu tunang saya dah meninggal setahun yang lepas. Saya bawa dia ke mari pun secara tak sengaja. Saya tak sempat nak beritahu pasal kematian tunang saya kat dia. Masa dia lihat awak, dia terus menerpa awak tanpa mendengar penjelasan saya terlebih dahulu. Dia gembira bila berjumpa awak. Selama ni dia cuma dapat lihat wajah tunang saya melalui simpanan gambar adik saya Saidatul Mirza.Maaf ye....dia buat awak terkejut dan pengsan.” Terangnya dengan panjang lebar. Aku simpati dengan luahannya. Kini terjawab la sudah, kenapa dia memandangku dengan tajam masa kali pertama kami berjumpa di lif. Aku lihat dia seakan-akan terkejut. Mungkin mengira aku adalah jelmaan rohnya. Hehehe....kena minta maaf ni.

“Maafkan saya juga. Saya dah salah anggap kat awak. Saya fikir awak adalah orang jahat nak apa-apakan saya masa kat lif tu. Pandangan awak buat saya takut.” Terangku pulak.

“Takpe...nasib awak baik tau, suami awak peluk awak dengan erat. Kalau suami awak takde rasanya saya mati terkejut kat lif tu. Hehehe....” katanya pulak sambil tertawa.

“Aik apasal pulak?”tanyaku.

“Yalah...mungkin saya akan peluk awak sebab jelmaan arwah tunang saya ataupun saya tak dapat menahan diri mati terkejut kat lif tu terpandang wajah awak.” Ujarnya lagi.

“Ye...tak ye...jugak kan. Apa-apa pun, saya pohon maaf sekali lagi sebab salah anggap kat awak ye” kataku.

“Saya pun sama. Kosong-kosong tau tak yah nak minta ampun masa raya lagi” katanya sambil bercelucon dan ketawa.

Ok..hehehe...” kataku sambil melabel ‘O’ kat jari ke arahnya.

Ok lah..puan Nur Amanina nice to meet you. Rasanya dah lama kita berbual. Nanti ada pulak yang marah. Camtu saya minta diri dulu, lagipun jap lagi giliran saya di panggil kat pentas tu untuk sumbangkan dana.” Ujarnya.

“Ooo...ok..”kataku.Lantas Haziq berlalu dan melambaikan tangan dari jauh. Sempat jugak dia memberiku kad nama dia. Haziq Shauki Bin Tan Hazlan Shauki. Baik aku simpan je mana tau berkesempatan berjumpa dia lagi. Eh-eh....cam pelik je bunyinya Amanina. Erm...apa-apa je la. Bagi aku huluran sahabat lebih baik dari terikat. Ni pun terikat secara olok-olok aku dah gelabah. Kalau sahabat kan bagus, cam aku dengan Izat bergurau je tak kena tempat. Gempak pejabat tu kalau aku dan Izat dah bergurau. Yang lain tu aku tak berani la, sebab semuanya muka serius je dengan kerja.

“Erm...mana la pulak ‘suami tercinta’ aku ni.”luahnya.”Tadi beriya-iya nak pegi sama-sama, ni batang hidung pun tak nampak!” Amanina melilau mencari kelibat ‘suami tercinta’nya. Pandangannya bersatu apabila dari jauh Irfan merenungnya dengan tajam. Lagaknya seperti tak puas hati ke arahku. Aku membalas renungannya dari jauh, erm...nak sangat berlagak dengan aku ye. Ingat aku takut. Amanina bermonolog.

   Tapi kenapa dia muncul lagi. Aku sayang dia, tapi dia buat aku kecewa dan merana.. Ya....memang aku sayang dia tapi............adakah hati akan menerima kehadiran dia kembali ke sisiku atau aku harus belajar menerima orang lain dalam hidupku. Hati...jawab lah dengan kebenaran.

 Bertahun aku melupakannya. Dan bertahun jugak aku menjeruk rasa atas perbuatan ‘lelaki itu’ sehingga aku dapat bangun sendiri dengan kehadiran satu nyawa yang tak ternilai. Kehadiran anugerah itu, aku redha atas segala-galanya dengan semua ketentuan Allah menguji aku sebagai hambaNya. Namun, tidak sekelumit kah ingatan ‘lelaki itu’ kepada tanggungjawabnya. Haa....aku pasrah Ya Allah...sejauh ini kau mengujiku. Amanina bermonolog tapi lamunannya terhenti dengan lambaian ‘suami tercinta’ dan menuju ke arahnya.
















Jumaat, Mei 13, 2011

Ku Harap Cinta 3



Part 3


“Alamak!!... cam best pulak ada bantal peluk gebu camni”. Aku mengeliat ke kiri dan kanan.

“Aah...letihnya...”. Aku terkejut bila terpandang ada seseorang sedang tidur di sofa. Aik sejak bila aku ada peneman ni. Aku bermonolog .

“Dia...bukan ke????...haaaa...........”aku teriak sekuatnya hingga mengejutkan lelaki yang lena di sofa tu.

“Apa ni? Kacau orang tidur la, cam pontianak je awak teriak tau.”wajahnya berpisat-pisat sambil menggosok mata seperti nak tidur kembali.

‘Hei??...apasal awak tidur kat sini. Ni bukan bilik awak la sesuka hati je ye awak tidur kat bilik saya. Banyak cantik.!!

“Saya hensome la, cantik tu untuk  wanita cam awak la sayaaangg...hehehe...”. Muka tak nak ngaku salah tu.

“Camni la ‘suami tercintaku’ baik awak keluar dari bilik saya ni sebelum saya mengadu kat pihak hotel ni awak ceroboh bilik saya.”

“Aik!!...bukan ke saya ni ‘suami tercinta’ awak?”. Muka tak nak blah pulak dia ni ye.

“Awak!!!......isy malas nak layan awak tau. Baik awak keluar je la dari bilik ni sebelum saya belasah awak” Aku sekadar mengertak je padahal takut beb kang lelaki ni nak buat tak baik kat aku. Eeee...takut nak fikr la.

“Kenapa muka awak cam takut je dengan saya. Saya tak kan apa-apakan awak la. Awak kan ‘isteri kesayangan’ saya hehehe...” ujarnya lagi sambil mengenyit mata ke arahku.

“Ermm...sa..sa..saaa..ya bukan takut kat awak pun” ujar Amanina dengan tergagap-gagap. Aku lihat ‘suami tercinta’ tersengih-sengih memandangku. Ntah apa yang mencuit hatinya. Aku rasa aku tak buat lawak tau. Geramnya..... dia boleh tersenyum cam kerang busuk pulak. Aku dah tahap nak sorok muka ni, malunya...... Tolong.......

“Jangan risau ‘suami tercinta’ awak ni dah jaga awak dengan baik sejak 3 jam  tadi. Risau saya bila awak pengsan tetiba tau. Dah la awak berat nak kena angkat bawak kat bilik ni.”ujarnya lagi.

“Ha!!!...saya pengsan ke tadi dan....3 jam tak sedarkan diri.” Aku melopong dan bertanyakan soalan bodoh kepadanya. Ternyata penyakit hilang ingatan aku dah makin kronik. Lepas ni kena jumpa doktor la.

“Awak memang camni ke?” Satu lagi soalan bodoh terkeluar daripada entry cerita ni hehehehe....

“Apa maksud awak?”tanyaku pulak sambil mengerut muka memandangnya.

“Awak tak ingat apa-apa ke berlaku tadi??. Awak kan pengsan kat dewan kesenian. Awak...awak... memang selalu camni ye.....maksud saya, yalah... awak seperti mengalami penyakit pelupa. Dengan perkataan kasar pulak awak ni pernah amnesia ke?.

Dia ni apasal la...kejap pangil sayang...kejap ber..awak-awak...tapi kalau dia panggil aku sayang best gak cam kena je dalam hati aku ni hehehe...alamak..gediknya.

“Sayang....dengar tak ni? Mengelamun pulak.” ‘suami tercinta’ melambaikan tangan ke arahku.

“Maaf...terleka jap. Apa yang awak cakap tadi... saya kurang dengar la hehehehe....” Aku tersenyum ke arahnya.

“Aduhai...comelnya bila sayang senyum camni sejuk hati abang tau.” Ujarnya lagi.

Alamak...siap ber abang la pulak...cam real je dia suami aku. Tapi rasa sebati dalam jiwa oooo......

“Camni la,mulai saat ni abang akan jaga sayang tau. Lagipun semua orang kat sini dah tau sayang ni isteri abang. Jadi abang kena pindah ke bilik ni .  Kejap lagi dorang nak ke mari jenguk sayang.” Ujarnya tanpa sempat ku bertanya dan mencelah.

“Tapi...aaa.. wak bukan....suami saya”. Aku tergagap lagi.

“Ya......tapi dorang menganggap sayang ni isteri abang. Lebih baik camtu, sebab abang tak nak dorang semua tu usya sayang. Abang cemburu tau!.” Ujarnya lagi dengan suara yang tegas.

Kata-kata ‘suami tercinta’ tu mengganggu hati dan benaknya. Amanina teruja seperti di sayangi.

“Awak....”

“Syss....”dia meletakkan jari telunjuknya ke bibirku. “Tak ada siapa yang boleh rampas sayang dari abang mulai harini. Abang takkan biarkan sayang kesepian lagi. Abang... akan berikan kasih sayang secukupnya yang dah lama abang abaikan untuk sayang. Abang akan tebus semuanya sehingga sayang sesak untuk bernafas dengan kasih sayang abang”. Ujarnya dan meninggalkan Amanina  yang terkedu dengan kata-katanya.

       Amanina yang terkaku, dapat merasakan sesuatu perasaan asing menyelinap ke sanubarinya. Perasaan yang membuatkan seluruh tubuhnya terasa terawang-awang. Menikmati perasaan indah yang tak pernah di rasainya sebelum ini. Amanina tertanya-tanya siapa lelaki ini yang begitu berani mengusik hatinya yang sekian lama tidak terisi dengan kehadiran seorang lelaki. Beraninya dia berkata sebegitu kepadaku. Siapa dia??



........................................................................................................................

      Malam itu Amanina melarikan diri dari perhatian ‘suami tercinta’ dan pandangan Irfan Naufal. Terpandang sahaja kelibat mereka Amanina pura-pura tak memandangnya dan segera beredar dari dewan kesenian itu walaupun majlis belum berakhir. Amanina tak dapat memikirkan hatinya yang sehingga kini tidak stabil dan menidakkan perasaan yang tetiba hadir dalam hatinya.

    Malam itu juga Amanina menghabiskan masa bersendirian di pantai melayan perasaan. Amanina tak dapat membendung perasaannya. Macam-macam yang terjadi sejak dia berada di bali ini. Dengan kehadiran lelaki yang tak di kenali dan juga kehadiran cinta lama menggangu benaknya. Irfan naufal. Ya... nama itu sekali lai meniti di bibirnya.

“Irfan Naufal....kenapa kau juga menggangu ketenangan aku?”. Amanina mengeluh.

“Awak sebut nama saya?” Amanina terkejut dan berpaling ke arah suara itu.

“Irfan....awak  ...”.Amanina melopong terkejut.

“Maafkan Irfan kejutkan Nina. Nina apa kabar? Sihat?. Tak sangka kan jumpa Nina kat sini. Dan tak sangka juga Nina dah secantik ni. Irfan terkedu bila terpandang Nina majilis semalam. Irfan cuba dekati Nina tapi Irfan takut Nina tak nak bercakap dengan Irfan. Setelah apa yang terjadi 8 tahun lalu baru harini Irfan berani bersemuka dengan Nina. Selama ni Irfan sering perhatikan Nina dari jauh tapi Irfan tak berani nak berhadapan dan bersemuka camni. Irfan cuba dekati tapi......tapi....Irfan takut..takut Nina terkejut dengan kehadiran Irfan.” Ujarnya sambil menatap wajah Amanina kelihatan terkejut dan keruh itu.

“Awak dah abis cakap? Maaf saya tak kenal awak.” Amanina segera berdiri dari duduknya dan ingin beredar namun pautan kejap Irfan mehalangnya. Amanina menjeling dan meleraikan pautan itu dengan kasar.

“Maaf....Irfan tak sengaja.”

“Camni la cik Irfan. Mungkin 8 tahun dulu saya pernah kenal awak. Tapi mulai harini jangan ganggu saya dan jangan la intip perjalanan hidup saya. Saya dah cukup dewasa untuk harungi kehidupan ni. Jadi jangan la awak mengganggu gugat ketenteraman saya yang selama ini dah aman daman ni. Faham??..” Kata Amanina dengan tegas. Aku segera berlalu namun aku berpaling bila dia menyebut nama Harez.

“Harez sihat?.”Amanina melopong sekali lagi.

“Irfan tahu segala-galanya tentang Nina. Dah lama Irfan ekori Nina. Tapi Irfan tak berani nak tunjukkan muka.” Ujarnya lagi

“Awak ekori gerak geri saya??..How dare you?. Saya nak ingatkan awak sekali lagi, jangan cuba permainkan kehidupan saya lagi. Saya tak nak ingat langsung pasal awak. Saya tak akan berpaling pada zaman kebodohan saya yang jatuh cinta dengan awak? Airmata yang aku tahan akhirnya jatuh juga. Amanina berkata lagi tanpa memberi peluang Irfan meluahkan katanya.

“Sekali lagi saya di perbodohkan. Sanggup awak upah orang untuk mencari maklumat hal peribadi saya. Kenapa awak suka mempermainkan kehidupan saya? Kenapa?..” desis Amanina menolak tubuh Irfan yang cuba memautnya, dan segera berlari tanpa berpaling lagi.

“Amanina.....”teriak Irfan lagi. Namun semakin jauh langkah Amanina meninggalkannya.

Sebaik sahaja dalam bilik hotel. Amanina menyembamkan wajah di bantal pembaringannya menangis sepuas-puasnya. Tak tahu apa yang dia rasa kini menerjah kembali. Kenapa Irfan mesti wujud di kali ni. Aku dah lupakan dia. Tapi kenapa dia sering ganggu ketenteraamn aku. Aku tak mahu ingat lagi tentang dia. Aku tak mahu di perbodohkan lagi manusia seperti dia. Aku melempiaskan kemarahanku dengan menangis semahu-mahunya. Namun tingakahnya itu di perhatikan ‘suami tercinta’ yang sejak tadi menunggu kepulangannya.

“Sayang...kenapa ni? Usulnya setelah membiarkan tangisan Amanina reda dari kedengarannya. Dari tadi dia cuma memerhati dan cuba mendekati tetapi terhalang kerana tangisan Amanina semakin kuat esakkannya.

Amanina segera bangun dari pembaringan. Dan mengesat airmata yang tak akan berhenti malah semakin deras pulak bila ‘suami tercinta’ ni bertanya. Tak ada lagi segan silunya mengalirkan airmata di hadapan ‘suami tercinta’ nya itu.

“Abang cari sayang merata tau. Risau abang... sayang tak muncul-muncul kat dewan setelah sayang keluar tadi. Abang ingatkan sayang pergi toilet. Tapi semakin lama abang tunggu sayang tak muncul-muncul juga abang cari sayang. Saya pergi mana tadi?..” ‘suami tercinta’ mendekati Amanina dan memeluknya.

“Cerita dengan abang, siapa yang telah berani memerah airmata sayang ni? Erm?? Lagak tak leh blah hehehehe...” sambungnya lagi

“Berani-berani orang tu bagi sedih, sayang abang yang comel ni sesuka hati  mak bapak dia ye....meh tunjuk kat abang...abang nak pulas telinga dia tu. Isy....isy...anak siapa la jadi mangsa lepas ni erm....” usulnya lagi sambil bercelucon menghiburkan Amanina yang semakin kelam dari tangisnya.

Amanina tersenyum dan meleraikan pelukan ‘suami tercinta’. Malunya boleh terpeluk pulak bila saat sedih camni.

“Awak...maafkan saya...baju awak dah basah dengan airmata saya” kataku sambil menatap wajahnya dengan tersipu-sipu.

“Eleh-eleh...comelnya sayang muka camtu...alamak...tak tidur malam la abang camni.” ‘suami tercinta’ mengenyitkan mata ke arah Amanina

“Takpe sayang....mulai harini juga, abang rela jadi peneman kala sayang sedih, gembira,duka dan seanteronya....abang sanggup hadapi demi sayang sampailah sayang tak sanggup lagi memandang muka abang yang hensome ni hehehehe.....” kata-kata itu penuh makna walaupun dia cuba berjenaka namun di sebalik kata-kata itu, sebati di sanubariku sekali lagi.

“Meh...temankan abang makan. Abang lapar la....” ujarnya dengan memek muka simpati ke arah Amanina.

“Aik!!...tak makan ke kat dewan tadi?” tanyaku pulak.

“Tak. Abang cari sayang merata tadi. Tak jumpa sayang,  abang tunggu la kat bilik ni. Yalah.... orang-orang yang kenal abang kat dewan tadi pelik, sayang tak bersama abang. Lebih-lebih lagi mamat yang cuba ganggu sayang kat lif tu, tertanya-tanya pasal sayang.” Ujarnya lagi.

“Kesiannya...maafkan saya. Sebab saya awak berlapar pulak, padahal saya ni cuma isteri olok-olok awak je pun kan. Meh la...saya pun lapar gak dari tadi minum airmata je ni hehehehe....”Amanina tersenyum dan menghadihkan kenyitan mata ke arah ‘suami tercinta’. Saje je nak test jantung dia hehehe.....nakal kan.

“Alamak.....!!!...terlupa la...jap ye...” katanya sambil tercari-cari sesuatu.

“Awak cari apa?’ ujarku kepadanya.

“Ha!!!....jumpa pun. Rupanya jatuh kat sofa ni.” Katanya seraya memandangku dengan tersenyum-senyum dengan mengerdipkan mata ala-ala lelaki  miang gitu.

“Haa.....nasib baik la jumpa balik kalau tak payah nak kuar dari bilik ni.” Katanya lagi.

“Awak cari apa tadi tak nampak pun barangnya?” kataku pulak dengan muka terkial-kial.

“Jantung abang la sayang......hehehe...terjatuh tadi, masa sayang kenyit mata kat abang. Isy....comel betul sayang... buat camtu. Tergoda abang tau. Tak yah kuar makan pun takpe.” Ujarnya membuat Amanina ni, cam tak pijak bumi dah. Malu beb....kat pipi dia dah blusher tau.

Bagi mehilangkan rasa malunya,  Amanina mengusulkan soalan yang sejak semalam tak terjawab.

“Siapa nama awak? Dan siapa awak sebenarnya? Dan kenapa awak sentiasa jadi penyelamat saya? Dan apa awak nak dari saya? Awak tentu kenal saya kan? Macam mana awak boleh sebaik ni dengan saya? Saya kenal awak ke? Kita pernah bertemu sebelum ni????...”pelbagai soalan keluar dari bibir mungil Amanina menyesakkan pernafasan ‘suami tercinta’ di hadapannya.

“Saa..sa..sa...ya ..ab..aabang...‘suami tercinta’ sayang la.” Ujarnya dengan tergagap-gagap.

“Tapi.....” ujar Amanina pulak.

“Syss....” jari telunjuknya sekali lagi di bibirku.Dan memegang kedua-dua pipiku menghadap wajahnya.

“Siapa pun abang...yang sayang perlu tahu, abang terlau sayangkan sayang...abang janji, sayang takkan terkurang malah sentiasa berlebih kasih sayang untuk sayangku Nur Amanina. Sekali lagi abang nak ulang.... abang akan buat sayang sesak nafas dengan kasih sayang abang buat Nur Amanina.” Ujarnya buat Amanina terkedu dan melopong. Tanpa kata-kata hatiku berbunga-bunga sekali lagi. Cukup indah perkataan itu. Amanina bermimpi ke?

Amanina berpaling lagi menatap wajah ‘suami tercinta’

“Awak....” panggilnya.

“Biarlah rahsia. Suatu hari nanti Nur Amanina akan tahu siapa abang sebenarnya. Tapi... buat masa ni, jangan la tanya siapa abang. Cukup la sayang kenal abang sekarang. Kalau dulu Nur Amanina berharap akan ada cinta.Tetapi mulai detik ini juga, Nur Amanina bukannya saje ada cinta malah kasih sayang yang tak ada tolok bandingnya.” Katanya lagi.

Amanina sekali lagi terkaku, perasaan asing itu menusuk ke kalbunya. Menikmati perasaan indah lagi menyelinap ke seluruh nadinya.Namun dia sedar, dia baru belajar akan indahnya sebuah kata-kata cinta yang akan hadir di sanubarinya. Tapi perlu di ingatkan cinta itu sangat memeritkan jika ianya sebati dengan dirinya. Dia tak ingin lagi kecewa, tak ingin lagi di perbodohkan dan di permainkan. Tapi kenapa kata-kata indah itu membuatnya rasa di lindungi. Memang aku mengharapkan cinta. Tapi wujudkan cinta itu dihatiku atau cinta itu sekali lagi buat aku terus merana dan menunggu hadirnya sebuah cinta yang sejati. Sesungguhya penantian cinta itu amat menyesakkannya.Aaa....betul kata pujangga jangan bermain api nanti terbakar diri.

Lamunanku terhenti.....

“Meh.... sayang...abang dah lapar tahap gaban ni.” Ujarnya mengejutkan aku dari lamunan yang panjang.
Aku tersenyum ke arahnya. Siapa dia sebenarnya. Persoalan itu bermain lagi di benakku.

“Jom cik abang...” kataku sambil memautkan tanganku ke lengannya. Dan tak lupa kenyitan mata sekali lagi ke arahnya. Hehehehe...saje nak test jantung cik abang kat sebelah baru la real cam sepasang suami isteri.

Peranan baru bermula. Amanina bertekad akan cari maklumat tentang ‘suami tercinta’ nya itu. Nak berahsia sangat ye. Tunggu la.......


















Isnin, Mei 02, 2011

Ku Harap Cinta 2





PART 2

Di  meja VIP

“Boleh saya duduk kat sini” kata lelaki itu yang tiba-tiba ada di sebelahku.

“Silakan” kataku pada pemuda itu tanpa melihat wajahnya.

“Mana suami puan?” katanya lagi.

“Ha!” aku terus terpandang wajah pemuda yang duduk di sebelahku.

“Erm...sa..sa..saya....”alamak tergagap pulak aku ni tetiba je melihat pemuda ‘gila seks” tadi. Dengupan jantung dah tahap kronik ni takut beb.... kang dia nak apa-apa aku kat sini bahaya ni. Aku kena minta tolong jerit camni help..help...help ke kat sini. Sempat lagi aku melalut tu. Harapan aku cuma satu lelaki yang memelukku tadi datang sekali lagi menyelamatkan ‘diriku’ ini. Aik apasal pulak aku terfikir ‘lelaki’ tadi jadi heroku.

“Kat sini rupanya sayang....abang cari merata tau,jangan la merajuk camtu dengan abang. Sayang suka main ‘sembunyi-sembunyi’ dengan abang kan?”. Suara vokal tu cam pernah aku dengar je la. Aku bermonolog.

Suara sumbang tu cam.....Ha! tu dia suara heroku dah mai la...?.Pucuk di cita ulam mendatang. .....hero ke? atau lelaki ni saje nak cari nahas kat aku ni, dah la panggil aku sayang beb....boleh cair hatiku ini yang dah lama ketandusan kata-kata indah. Ops! Alamak..... makin melalut la pulak kau ni Amanina.Dah la tak kenal maka tak cinta kat ‘lelaki’ tu. Pastu suka suki je panggil sayang...sayang bagai ye...baik punya cilok beb.

Aku terus berpaling memandang wajah ‘lelaki’ itu. Aku tergamam dan terkedu tanpa kata apabila gelas yang aku pegang jatuh dari peganganku dan tertumpah kat seluar dan kasut berkilatnya tu. Tak sempat lihat wajahnya beb... sebab dah kalut sangat tak tau nak buat apa. Sekali lagi kau memalukan diri sendiri Amanina.

“Erm...ma...maa..maaf...en...” kataku yang tergagap-gagap tanpa memandangnya.

“Sayang ni.... suka gopoh camni tau...siap la balik rumah nanti” Marahnya lagi kepadaku. Aku pula dah jadi ‘tunggul’ yang menunggu hukuman sambil pandanganku ke arah pemuda ‘gila seks’ di sebelahku. Mataku terkebil-kebil memandang pemuda ‘gila seks’ itu berbanding memandang wajah lelaki yang memarahiku. Tadi dah puji-puji jadi hero.... camni tak jadi hero pun takpa, jadi herot je la huhuhuhu.....

“Aaa...” kataku lagi...tak sempat-sempat beb..baru nak marah ni..aku dah macam-macam rasa ni...rasa marah,geram, benci, suka...’aik suka’?...mana ada suka la...rasa nak telan orang ada la...dah tekak ni rasa oren je dari tadi apa tak... minum air oren je, tak makan apa-apa lagi ni beb.

“Abang pegi toilet jap, sayang jangan ke mana-mana tau. Tunggu abang kat sini” katanya lagi sebelum aku memandang ke arahnya. Aku Cuma dapat melihat kelibat belakangnya aje. Lelaki tu cepat je berlalu pergi tau Isy...napa la tak sempat tengok wajah dia. Dah la aku ni mudah hilang ingatan kalau nak cam muka orang. Isy..isy asyik melepas je baru je nak ‘baik-baik sayang’ kat dia.

   Aku berpaling semula ke arah pemuda ‘gila seks’ di sebelahku. Aku lihat dia pun dah lesap, ingatkan ada lagi duduk kat sebelah aku. Erm...lantaklah....yang penting dia tak ganggu aku lagi.


   Selesai je acara perasmian tu aku segera beredar untuk balik ke bilik. Penat beb..bukan penat apa, penat.... otak nak fikir orang yang muncul tiba-tiba mengaku dia ‘suami tercinta’ aku. Suka hati je tau introduce kat kawan-kawan dia yang aku ni ‘bini’ dia. Ingatkan dia tak muncul lagi selepas balik dari toilet tadi.Dah la macam-macam jadi dalam beberapa jam ni, buat semak je ingat tau. Bagi aku, aku kat sini cuma menjadi pemerhati je bukan tahu apa-apa tentang kesenian ni, tak faham la nak tafsir-tafsir lukisan tu semua. Aku cuma menjadi wakil syarikat je, tu pasal lah aku di hantar kat sini. Dah nasib badan kalau di suruh nyanyi kat toilet boleh lah hehehehe........


.............................................................................................................................................................................


     Di bilik, aku terus campak je kasut dan beg tangan yang ku genggam dari tadi. Apa tak... boleh pulak tiba-tiba kasut yang aku pakai tadi boleh patah tumitnya masa nak menuju kat lif. Nasib baik takda orang yang nampak aku jatuh tergolek kat pintu lif tu. Malunya... kalau ada yang lihat malunya beb.

“Wah...katil tu dah panggil aku ni,baik punya landing  pasni. Jangan ada gangguan fizikal dan mental sudah la....uda-uda ye fikiran gue nak istirahat aja ni...(aku cakap cam tak ngam je ala-ala minah tak jadi indon huhuhu)”. aku membebel sorang-sorang.

Tok...tok...tok...
Tok..tok..tok...

“Aduh..ada je nak menggangu ketenteraman awam time camni”. Aku terus berlalu ke pintu dan membukanya.

“Maaf  ibu....gangguin ibu malam-malam begini. Saya cuma mahu serahkan sampul ini bersama bunganya. Ada  tetamu ke hormat suruh nyampain kepada ibu. Sekali lagi maaf ya ibu.” Aku lihat pekerja hotel itu tunduk dan segera berlalu.

“Erm...sapa punya idea la kirim sampul surat camni time orang nak tido. Sekarang kan dah canggih.... email ke, sms ke, web conferehencing ke atau apa-apa la. Ni tak...cam zaman dulu-dulu pulak” aku membebel lagi. Tapi kenapa setangkai bunga rose pink ..... dah la aku alergik warna pink. Bunga warna merah takpa la jugak, dah tentu-tentunya aku suka.Bila aku buka je sepasang ‘getah rambut; kecik yang cukup comel jatuh ke lantai.

  Aik....... orang ni ingat aku kanak-kanak riang ke nak pakai benda alah camni. Kalau nak bagi kat anak aku pun tak boleh sebab anak aku kan hero yang tampan. Tapi cute pulak bila ku pandang-pandang...jangan segan-segan.....ops! terlebih sudah. Yang tak tahan tu siap guna sampul A4 pulak buat letak benda alah ni cam nak hantar resume je. Ni mesti bajet sampul dah abis jual kat Bali ni, ops! kan dah malam buta ni mana nak ‘rompak’ sampul bunga-bunga lagi Amanina. Hehehehe....ops! sekali lagi sorry.........(banyaknya ops!) teringat pulak nyanyian kanak-kanak riangku ALIKA......ALIKA..... OPS...OPS...OPS...ALIKA OPS...ALIKA OPS........hahahahaha......melalut je.....bukan orang faham pun Amanina.... hanya kau je faham bahasa tu tau. Aku dah menguap tak tahan dah nak tidur beb..esok-esok je la sambung melalut kau tu Amanina.

Keesokkan harinya......

    Aku buka sekali lagi sampul ‘resume’ tu (A4 beb). Aku keluarkan kembali getah rambut comel tu...tetiba ada kertas melayang kat katilku juga terlurut. Aik..tak perasan pulak semalam ada surat kat dalam sampul ni...pakai ‘kertas kajang’ beb. Ntah dari mana ‘si pengirim’ ni cekau. Betul-betul kes tak cukup bajet la tu hehehe.....bila aku cuba baca je...ada pulak yang mengganggu pagi-pagi ni. Tak sempat menyempat.

Ring...ring...ring....
Ring...ring...ring....

   Baru pukul 7 pagi dah sibuk-sibuk ingatkan aku majlis bermula pukul 9 pagi nanti. Orang tahu la... tu pasal la aku tak tidur balik lepas solat tadi. Daripada membebel puan Amanina baik kau bersiap kang ada yang lambat nak touch up bagai. Aik mengaku puan pulak...sejak bila pulak tu? Hatiku berkata lagi. ade je dengki tau kalau aku nak berangan.sikit. Bukannya aku ni.....aku ni.....ntah la...apa-apa pun boleh, bukan ada kisah pun tentang status kau tu. Dan tak ada siapa pun yang tahu kecuali family Camelia.....dan cuma yang paling mengetahui adalah..........

      Tuhan saja yang tahu perasaaanku....... berperang dengan suasana....hingga kan ku terpaksa....(suka menyumbangkan suara yang sedia sumbang).



...........................................................................................................................................................................

    Kat dewan kesenian tu aku tak tahu nak buat apa. Sebabnya aku tak berminat nak tahu simbolik daripada lukisan yang di pamerkan. Aku ni buta seni lukisan tau. Dari sekolah lagi aku tak minat melukis, nasib la subjek tu tak wajib di ambil masa sekolah dulu. Aku sanggup ambil subjek sains rumahtangga daripada pilih bidang lukisan sampai la... form 5 aku pilih subjek geografi, akaun dan sastera je. Aku tak sanggup pilih subjek lukisan sebabnya aku tak pandai melukis.... buruk rupanya kalau Amanina melukis.

         Namun kelekaanku, di kejutkan dengan laungan pengacara majlis mempersilakan dan menyebut nama yang seakan akan aku kenali. Tapi di mana ya.

“Di persilakan Bapak.... eh silap... Tuan gitu ya(pengacara itu bercelucon)...Tuan Irfan Naufal Bin Dato Nahar naik ke pentas untuk untuk menyumbangkan dana yang disediakan.”

“Ha! Nama itu...seperti....” Aku terus berpaling memandang ke pentas melihat wajah yang di sebutkan. Aku terkedu.

     Mataku asyik memandang wajah itu. Sedang aku ralit memandang, dia juga merenung tepat ke mataku. Alamak.....malunya.......aku terus tunduk  dan mengalihkan pandanganku. Bukan kah wajah dan namanya aku kenal. Dan bukannya aku kalau nak mengingat wajah dan nama orang aku selalunya failed.Tapi dia dah..........

“Hai sayang.....” tetiba je muncul lagi suara tak merdu ni. Aku tak memandangnya. Semalam pun bila ‘lelaki’ ni memperkenalkan aku kepada rakan-rakannya yang aku ni ‘bini’ dia... aku cuma tunduk je tanpa memandang wajahnya. Bersuara pun tak, ntah la malas nak layan.... kang makin panjang pulak penipuannya.

“Erm....ye cik aaa...aaa...ab..”aku terus memandang ke arahnya. ops! aku terkedu sekali lagi. sebenarnya tadi nak jadikan lakonan menjadi la... tengok-tengok, aku pulak tergamam pandang wajah tampan ‘lelaki’ ni. Tak terkata lah beb. Matanya tu cam ada yang seiras je...feeling.... bebola mata itu......tenangnya....buat Amanina tetiba merindu...... matanya......Ha!!!!.......tidak.......tidak.....tak boleh jadi ni Amanina.
  
        Kenapa aku, sejak akhir-akhir ni ingat padanya. Tak dapat ku luahkan dengan kata-kata. Aku tak pernah kenalinya tapi semakin lama hatiku berdebar-debar seolah-olah dia semakin dekat dengannya. Sudahlah Amanina... dunia kau hanya untuk ‘buah hati’ yang satu-satunya. Kau hidup ni pun, untuk berbakti kepada anakmu. Berhenti berharap....tapi suara hati kau bagaimana pulak?

Di sini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu masih tanpamu


Bila esok hari datang lagi
Ku coba hadapi ‘tuk semua ini
Meski tanpamu oh meski tanpamu


Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku di sini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan


Suara dengarkanlah aku
Apa khabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya


Suara dengarkanlah aku
Apakah aku selalu di hatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya


Kalau ku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu aku menunggu


(sorry....lagu indon berkumandang sebentar feeling beb layan perasaan cam kena je kan huhuhu......)

      Jangan bermain dengan suara hatimu yang berharap dia akan kembali. Tatapan itu cuma permainan perasaan sahaja. Aku kembali dari kelekaanku. Aku lihat dari jauh pemuda ‘gila seks’ itu juga menghampiri dengan wanita di sebelahnya.

“Sayang...kenapa ni?” ‘suami tercinta’ menyedarkan aku dari lamunan.

“Erm...tak ada apa-apa.” Aku menjawab pertanyaan ‘suami tercinta’.

“Aik!!!...boleh cakap rupanya, ingatkan ‘ter’bisu bila pandang wajah abang yang hensome ni” Ayat tak boleh nak blah tu dari seorang lagi mat perasan yang ku kenali harini. Pemuda ‘gila seks’ itu segera duduk di sebelahku tanpa segan silu walaupun  sebelahku ini ada ‘suami tercinta’.

     Dan aku pulak tanpa rasa bersalah dan segan silu memaut lengan ‘suami tercinta’di sebelahku. Rasa nak selamat je dari pemuda ‘gila seks’ ni sebenarnya bukan ada niat lain pun. Tapi cam best je lah....rasa ..rasa....ntah..tak tahu nak cakap apa.

“Hai...” wanita di sebelahnya menghulurkan tangan ke arahku. Mak ai...ni pelakon lah Nia Ramadhani pelakon yang bawak watak dalam sinetron bawang putih bawang merah tu. Tak sangka pulak jumpa kat sini. Aik!!!...kenapa dia ada dengan pemuda yang tak berapa nak jahatlah kiranya.... (setelah aku timbang tara lah.).... ni boleh bersama pulak... cam kamceng je. Aku sambut hulurannya. Terkedu beb... cantik dan manis cam gula....

“Wajah kamu sih seperti...pernah ku melihatnya”(dia berfikir sejenak)

“Kamu...ooo... ya iya...ibu kan yang aku lihat di poto simpanan kak Mirza. Tampangnya lebih indah kok daripada potonya, bila aku sendiri lihat dengan mata kepala aku di sini. Aku jadi kaget sebentar. Ibu...ops! maaf... kakak lebih cantik sekali dong. Ternyata aku berpeluang kenalin kakak”.
Nia Ramadhani memeluk dan mencium pipiku. Aku sekali lagi tergamam.

“Maaf...kamu kenal saya?” Aku bertanya dan memandang wajahnya dan pemuda ‘gila seks’ itu bersilih ganti.

“Ternyata....kak Haziq...be...be...” Ayatnya tergantung tetapi hanya memandang silih ganti dengan wajahku dan pemuda ‘gila seks’ itu. Aku semakin keliru macam-macam nama dah di sebut harini Mirza lah...Haziq lah...Irfan lah....semua nama tu buat aku binggung.............help...help.... aku nak pengsan ni. Penyakit amnesia semakin kronik melanda....help...help.....

     Pautanku semakin kemas di lengan ‘suami tercinta’. Rasa nak pitam dah. Berpinau uda ni...help pak......help ibuk.....(bahasa indon lagi)...aku...mahu..mahu...... 

   Aku pandang wajah ‘suami tercinta’ di sebelahku. Nama ‘suami tercinta’ ni siapa pulak? (sempat lagi aku berfikir dan berangan .Akhirnya aku..........

Ku Harap Cinta 1


PART 1


Kota Singapura
5 Febuari 2011


“Sayang mama tak?”Amanina berkata kepada anaknya

“Mesti la mama. Harez sayanggg….sangat kat mama tau, tapi kalau ada papa, Harez bertambah sayang lagi kat mama tau hehehehe…”Harez meluahkan pendapatnya kepada ibunya.

“Aik apasal cakap camtu plak?”

“Takde la…Harez gurau je la mama. Mummy mana mama?

Mummy kan dating dengan daddy.Tak yah la ganggu dorang, harini biar Harez dating dengan mama plak. Mama dah rindu tahap ‘gila’ dah ni kat Harez tau…mmmm…mmm…mmmuaah sayang  baby mama ni .

“Isy…mama ni…Harez dah besar la bukan baby lagi.”Luah Harez pada ibunya.Harez selalu muncung bila dirinya dikatakan baby oleh wanita-wanita yang di sayanginya iaitu mama dan mummynya. Tetapi  kata-kata Harez sebentar tadi menggugat debaran di hatinya bila perkataan papa mula di luahkan oleh satu-satunya permata hatinya itu. Amamina tidak dapat membayangkan reaksi lelaki yang telah meninggalkannya mengetahui dia mempunyai zuriat daripada kesilapan dan kelekaaan mereka sewaktu dulu.

        Bagaimanalah hendak ku jawab pada anakku ini bahawa papanya tidak pernah tau akan kewujudannya di dunia ini. Bagaimana pula persoalan yang sudah bertahun-tahun ini akan ku luahkan tentang kewujudan anakku ini kepada keluargaku dan rakan-rakanku bahawa aku seorang wanita malang yang di tinggalkan ‘sang lelaki’ ketika aku di luar sedar akan kealpaanku menjadi wanita yang lemah di mata lelaki.. aku tak dapat membendung kesedihanku bila aku di tinggalkan tanpa pamitan dari lelaki itu. Bertahun sudah tetapi persoalan itu tiada jawapannnya.


Kuharap... kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Kuharap... kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Tiada balasan
Yang ada hanyalah alasan
Tiada jawapan
Yang ada hanyalah persoalan

Di manakah kejujuran
Di manakah ketulusan
Di manakah keikhlasan
Di manakah kejujuran

Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan... cinta

Kuharap... kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Kuharap... kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Kuharap... kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Di manakah kejujuran
Di manakah keikhlasan
Di manakah ketulusan
Di manakah keikhlasan

Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan... cinta


“Mama...mama...mama...” Harez mengejutkan aku dari lamunanku yang panjang. Ku melihat raup mukanya yang lebih mewarisi wajahku. Nasiblah tiada yang mengetahui bahawa aku adalah seorang ibu tunggal yang membesarkan ‘permata hati’ ini. Di Malaysia mahupun di Kota Singapura, hanya keluarga Camelia sahaja menyimpan rahsiaku.

“ Maafkan mama sayang. Mama terleka sekejap, anak mama ni dah makin kacak la. Anak mama ni ada girlfriend tak? Hehehehe.....Amanina tersengih ke arah anaknya.

“Isy..mama ni Harez kecik lagi la...lain la mummy tu suka sangat berkepit dengan daddy tu cam tak nak lepas. Tapi Harez sayang kat daddy sebab selalu belikan koleksi bola ni.” Harez menunjukkan salah satu koleksi bolanya.

“Amboi mengata mummy ye, jap lagi mummy balik siap la mama bagitau mummy dan daddy mengata dorang tau.” Amanina mengusik anaknya.

“Alamak...(Harez menutup mulutnya) jangan la mama. Nanti mummy cubit-cubit plak pipi Harez lagi. Mummy tu takde lain suka cubit pipi Harez yang hensome ni hehehe...”

“Amboi perasannya anak mama ni.” Amanina mengucup pipi anaknya yang memang hensome pun. Amanina bermonolog.

“Jom mama kita main bola pastu kita main dam plak ye. Harini Harez dating dengan mama puas-puas sebab esok mama nak balik Kuala Lumpur kan. Cuti nanti mummy cakap nak pergi Melaka lawat opah kat sana. Mama jangan lupa tau kita pergi sama-sama sebab Harez nak naik menara Taming Sari hehehe...”Harez tersengih melihat mamanya yang seperti terkejut mendengar berita yang di sampaikannnya itu.

“Aik takde plak mummy cakap kat mama.”

“Ops!....sorry....Harez terkejut bila tiba-tiba melihat  kemunculan wajah mummynya yang mula menghampiri mereka. Melihat memek muka mummynya Harez cepat-cepat melarikan diri sebelum terkena cubitan berbisa sekali lagi. Camelia semakin menghampiri rakannya itu lalu duduk menghadap Amanina yang kelihatan tertanya-tanya agenda Camelia dan Harez untuk pergi ke Melaka tanpa pengetahuannya.

“Maaf la Nina aku bukan nak ketepikan kau pasal hal ni. Sebenarnya...sebenarnya...sebenarnya......alamak macam mana nak cakap ni.” Jason kat sebelah hanya memerhati dan menunggu perkataan daripada buah hatinya tentang perihal mereka. Ternyata Camelia belum memberitahu lagi tentang perkhawinan mereka kepada rakannya itu.

“Sebenarnya...sebenarnya...sebenarnya apa? Kau nak nyanyi lagu Yuna ke. Nada-nada geramku mula di bangkitkan bila persoalan tak di luahkan oleh rakan baiknya merangkap keluarga angkatnya itu.

“ Kami nak kawin la Nina..susah sangat la Camelia ni nak jelaskan cam ada jongkong emas je kat tekaknya.” Di sekehnya kepala Camelia sebab tergagap-gagap. Akhirnya  Jason menjawab teka-teki yang bermain di benak Amanina.

“Ha?....korang nak kawin dah...eeeeee......sukanya aku dengar berita ni” Amanina terus memeluk rakannnya.

“Bila? dan kat mana? majlisnya. Ni mesti nak buat kat Melaka kan. Apa la kau ni aku rakan kau pun tak pernah nak bagitau berita baik ni. Sedih tau huhuhuhuhu.....” nada-nada Amanina mula kedengaran. Faham sangat dah ibu tunggal satu ni gaya-gaya merajuk dah basi pun.

“Eleh...tak yah la nak buat muka hodoh kat depan aku tak laku tau...hehehehe...” Camelia terus memeluk rakan baiknya itu merangkap saudara angkatnya yang paling di sayanginya.

       Walaupun mereka berlainan agama tetapi tak menghalang mereka menjadikan Amanina seperti keluarganya sendiri. Bagi Camelia, ibu tunggal didakapannya ini adalah sirna baru kepada ibunya yang seakan-akan tak ingin hidup lagi akibat kehilangan adiknya. Adiknya meninggal dunia akibat kemalangan di hadapan rumah mereka. Pada hari kejadian itu, ibunya seperti hilang arah, termenung setiap hari menanti kepulangan adiknya di hadapan rumah.

        Setiap hari juga ibunya dari pagi hingga malam duduk di buaian menanti dan terus menanti anaknya pulang ke pangkuannnya. Kemurungan ibunya itu berlanjutan sehinggalah dua bulan  selepas kematian adiknya itu, Camelia menjumpai Amanina di hadapan rumahnya sedang tidur kesejukan dengan muka yang lebam-lebam di muka. Akibat kejadian itu, ibu melonjak kegembiraan bahawa anaknya telah kembali kepangkuannya.

      Ibunya tanpa segan silu memeluk dan mencium Amanina dan segera membawanya masuk ke dalam rumah. Bagi Camelia dan ibunya, Amanina adalah kelahiran semula adiknya yang telah meninggalkan mereka. Selama kewujudan Amanina itu, mereka sekeluarga menganggap Amanina membawa sirna baru kepada ibunya yang telah sedar dari kemurungan yang panjang. Kehadiran Amanina adalah ibarat penyeri hidup mereka sekeluarga dengan keceriannya.... dan sifat ‘gila-gilanya” itu.

            Tetapi satu hal yang mengejutkan kami sekeluarga lagi apabila Amanina tiba-tiba demam dan di sahkan hamil setelah dua bulan bersama kami. Selama kami sekeluarga menjaganya, tak pernah sekali pun kami bertanya asal usulnya sehinggalah perkara itu terbongkar di atas kehadiran seorang bayi di rahimnya. Dari situ lah segala yang tersurat dan tersirat di leraikan. Tetapi hal demikian tidak sekalipun untuk terniat cuba untuk memulaukannya malah kami cukup menyayangi ibu tunggal ini seperti keluarga kami sendiri. Kehadiran Amanina dan Harez adalah penyeri dan keceriaan kami.

          Kini Harez di bawah penjagaan Camelia akibat kekerasan dan pelbagai alasan untuk dari berpisah daripada ketelatahan anak muda itu. Akibat kedegilan Camelia, Amanina terpaksa berpisah dengan anaknya. Amanina hanya dapat berjumpa dengan anaknya sekiranya Camelia membawanya ke Melaka. Kini keluarga angkatnya itu telah berpindah ke Kota Singapura ini, jadi susahlah untuk bertemu lagi dengan anaknya berbanding sebelum ini mereka tinggal di Melaka.



................................................................................................................................................


 “Happy birthday to you...happy birthday to you.....happy birthday to Akmal Harez...”

“Erm...anak mama dah bujang dah. Dah genap 6 tahun. Boleh la cari awek kan.” Amanina mengusik permata hati satu-satunya itu, yang tiada tolak bandingnya dengan kasih sayang yang di pamerkan.

“ Yalah anak mummy dah besar la boleh la lawan daddy kat sebelah tu.” Camelia menunjukkan rasa tak puas hatinya pada tunangnya.

“Erm...ni takde lain mummy dan daddy gaduh lagi kan.” Luah Harez kepada mummynya.

“Takdelah..... gaduh-gaduh manje je” Camelia menjelirkan lidah ke arah tunangnya.Biasa la alah-alah cemburu gitu selepas bekas awek tunangnya call tadi, mula la Camelia tunjuk muka cemberutnya tanda tak puas hati.

“Jom anak mama...kita makan kek ye, sambil tu kita tengok drama pujuk memujuk malam ni hehehe...” Kelihatan Camelia mukanya dah merah menahan marah, geram dan malu apabila di usik Amanina.

            Dari jauh Amanina melihat Jason cuba memujuk Camelia dengan pelbagai aksi ‘gila-gilanya’. Dari lubuk hatinya, melihat kebahagiaan di hadapannya itu mungkin juga aku akan rasa dan kongsi jika sekiranya aku juga mempunyai orang yang di sayangi. Namun Amanina sedar kebahagiaannya hari ini adalah semata-mata untuk anaknya. Perasaan bahagia yang dirasai selama ini pun hanyalah apabila kewujudan bayi di rahimnya membesar tanpa sedarnya setelah menetap selama dua bulan di rumah keluarga Camelia. Kewujudun anak di rahimnya itu telah menyedarkannya dan nekad dirinya tidak perlu lagi bersedih dan menyesal dengan apa yang berlaku, sebaliknya bersyukur atas kehadiran permata hatinya itu. Namun selama ini juga anaknya itu tidak pernah bertanya tentang kewujudan ayahnya. Anaknya itu pandai menjaga hatinya tanpa mempersoalkan siapa ayahnya. Aku cukup berterima kasih dengan Camelia kerana menjaga Harez dengan penuh kasih sayang.

        Aku tahu Camelia mengajar anakkku itu untuk tidak bertanya kewujudan ayahnya kepadaku kerana aku pernah terdengar Camelia menasihati anakku untuk tidak pernah bertanya dan jangan biarkan aku dalam kesedihan dengan pertanyaannnya nanti. Tu pasal lah Jason juga di ajar untuk memanggilnya daddy supaya anaknya itu tidak kekurangan kasih sayang seorang ayah. Aku cukup berterima kasih dengan sahabatku merangkap kakak angkatku itu,tapi Camelia tak mahu di panggil kakak biasalah dia sering menganggap dirinya sentiasa muda hehehehe......

“Mama....mama...mama...” Harez megejutkan aku sekali lagi dari lamunan yang panjang.

“Mmm..mmm..muuaaah...pipi mama...I love mama...”

I love you to sayang” Aku tersengih melihat telatah anak manjaku.

“Esok mama balik jangan lupa tau tunggu Harez kat rumah. Nanti masak sedap-sedap sebab dah boring asyik makan KFC je kat sini. Mummy bukannya suka masak  so boring makan ayam je.”

“Amboi...pandainya mengata mummy ye.” Camelia yang mula mendekati mengucup pipi comel Harez.

“Tengok la anak awak ni Nina suka sangat mengusik aku.” Amanina lihat Harez dah tersengih-sengih melihat Camelia sambil kenyit mata ke arahku.Erm...semakin nakal pulak budak ni,entah la.... mewarisi siapa.

“Ooo.....usik mummy lagi ye siaplah.” Aku lihat Harez dah lari lintang pukang menuju ke arah Jason.

“Tolong...tolong....tolong....ada makan budak...daddy tolong Harez.... ada makan budak”

 “ Hehehehe....ada-ada saje karenah permata hatiku itu.” Amanina melihat ketelatahan anak satu-satunya itu cukup menghiburkan sesiapa sahaja. Amanina bermonolog sendiri.



................................................................................................................................................

Kuala Lumpur
10 Mac 2011

“Nur tolong aku boleh tak?” Izat tersengih-sengih mennghadap mukaku.

“Apahal mat romeo. Kali ni nak usya siapa pulak?” Tanyaku kepada Izat rakan sekerjaku yang merupakan mat romeo di pejabat ni. Tapi dia sangat baik hati. Baik ada makna tu,erm.....cam je aku tak tau taktik basi dia. Amanina bermonolog.

“Isy...kau ni Nur tak boleh ke cakap ‘baik-baik sayang’ kat aku yang macho ni.” Nada-nada melalut la tu dari seorang mat buaya vs mat romeo.

“Ye sayangku...ye abangku Izat yang terkonak-konak, yang kacak yang..yang..yang...ape ye...haaa...apa-apa la...boleh cik adik manis ni tolong” sambil Amanina menunjukkan riaksi ala-ala menggoda dan kenyit-kenyit mata ke arahnya.

“Isy...kau ni Nur ni yang tak jadi nak mengurat kau ni, bila kau buat muka ala-ala jahat camtu...Isy...geli pulak aku tengok muka kau camtu.”

“Nama je Cahaya Harapan tapi musnah pulak harapanku ini wahai puteriku Nur Amanina bila melihat muka hodohmu seperti itu hahahahaha......” Amboi... rancangan jahat mengata aku kat depan-depan pulak mamat ni ye.Takpe-takpe...Amanina rasa nak cabut-cabut je bulu hidung mamat ni kat sini jugak.

“Ok-ok...aku tak kacau kau lagi. Erm berbalik kepada persoalan sebentar yang tertangguh sebentar tadi, saya Fakhrul Izat Bin Affendy hendak meminta pertolongan kepada Nur Amanina Binti Hasyim untuk bersetuju mewakilkan Fakhrul Izat ke Pameran Kesenian Internasional di Bali Indonesia selama 3 hari kerana Fakhrul Izat di kehendaki balik ke kampung halamannya seberapa segera faham Cik Nur Amanina.” Kata Izat kepada Amanina

“Amboi.... siap ayat esei pulak mamat ni berhujah. Kau ingat kau nak masuk pertandingan pidato kat pejabat ni ke?.” Amanina menjelirkan lidah ke arah Izat.

“Alah...boleh la Nur. Aku harap kau je ni,mak aku masuk wad lagi la.Baru sebentar tadi adik aku call suruh aku balik malam ni jugak.” Ni yang malas, kalau ada yang merayu-rayu camni.Dah la aku tak boleh tengok memek muka yang tak laku ni depan aku merayu-rayu cam tapai basi ni. Kesian tau tak huhuhu....

“Erm...yalah-yalah.....tapi balik nanti belanja aku makan selama 3 hari berturut-turut tiada talian hayat dan tiada kompromi. Di tanggung sepenuhnya oleh poket Encik Fakhrul Izat. Hahaha.....ambik kau...” Aku lihat muka Izat dah terkebil-kebil dengan rancangan yang tak berapa jahat, bagi aku la. Hehehe.....

“Amboi...tak sempat menyempat baru minta tolong sikit dah minta habuan lebih-lebih. Ini tidak adil, undang-undang nak mengkopak dompet aku pulak ye.”

“Hahahaha...tak nak sudah...aku tak nak pergi baru padan dengan muka kau yang tak berapa nak hensome tu.” Amanina dan Izat kalau tiada usik mengusik memang sunyi la pejabat ni.

“3 hari jadi bersamaan perbelanjaan di tanggung selama 3 hari jugak la wahai encik Fakhrul Izat. Da...da....mmmuuaaah....” Amanina meninggalkan Izat dengan melayangkan ciuman jauhnya.

............................................................................................................................................

12 Mac 2011
Ubud Bali, Indonesia

“Wah cantiknya kat sini..damai dan tenang. Kalau bawak Harez kan best. Boleh bawak dia jalan-jalan kat sini. Mesti Harez suka, tau  je la anakku itu suka pemandangan yang indah.” Amanina membebel sorang-sorang melihat pemandangan di sekitar hotel yang di telah di taja sepenuhnya oleh syarikatnya.

       Kesian Harez dia datang KL mamanya ni pulak terpaksa outstation saat-saat genting camni. Padahal mama dah janji kan bawak Harez pergi Melaka jumpa Opah dan Atuk kat Melaka. Maafkan mama sayang, mama tak dapat temankan buah hati mama bercuti kat sana. Amanina kesal kerana tidak dapat menemani anaknya padahal dia dah rancang cutinya selama seminggu itu, untuk meluangkan masa bersama anaknya. Sudah sebulan juga la aku tak jumpa buah hatiku itu. Nasib la anakku itu tak memprotes kalau tak, adalah masa seminggu tak dapat dengar suaranya kat telefon. Pernah terjadi perkara camtu sebabnya aku sebagai ibunya leka kerana tak mengingat hari lahir Camelia (mummynya). Merajuk sakan anakku itu padahal orang yang  sambut hari lahir tak marah tapi buah hatiku itu pulak lebih-lebih. Harez....Harez...mama rindu sangat kat Harez....tunggu mama ye sayang........

Malamnya .....

    Amanina terleka tidur hingga tak ingat dunia lah rasanya. Sedar-sedar je dah pukul 6.30 petang. Tapi di Indonesia ni cakap jam setengah tujuh gitu lorh. Hehehe...alamak apa aku melalut ni aku dah lambat tak solat lagi. Dah la asar terlepas. Lenanya aku tidur.

     Setelah bersiap, aku segera turun dari hotel itu. Bahagian receptionist dah banyak kali telefon tadi suruh bersedia mengisi ruangan tempat duduk VIP yang telah di khaskan untukku. Tak sangka pulak aku layak duduk sebaris dengan tetamu ke hormat harini. Hehehe.....asyik melalut je aku ni, dah la lambat membebel je cam mak nenek huhuhu.....

     Sesampainya di hadapan pintu lif aku segera masuk dengan tergesa-gesa sampai terjatuh jugak la beg yang aku pegang. Isy malunya.....aku tak pandang kiri dan kanan sebaliknya buat muka tak malu je.hehehehe....lantak la bukan ada yang kenal pun aku kat sini. Aku bermonolog sendiri.Akibat keterlekaanku aku lihat ada mamat  ni duk jeling-jeling ke arahku....isy..mamat gila seks ke? Alamak takutnya......aku pandang ke belakang lagi tiba-tiba ada satu tangan mamat mana ntah duk landing memelukku dengan erat di pinggang. Ops! Ni sudah lebih.... aku takut mamat ‘gila seks’ di belakangku ni mamat kat sebelah ni pulak terlebih ‘gila seksnya’. Suka-suka je dia peluk aku. Ini tak boleh jadi ni. Sebelum sempat aku lihat wajah lelaki di sebelah yang memelukku itu, tiba-tiba dia mengusik rambutku untuk di selitkan di telinggaku.

“Sayang...sapa suh cantik sangat, kan dah ada yang kacau. Ni yang susah bawak bini lawa camni ade je nak usya” Kata lelaki di sebelahku itu. Alamak suka-suka je mengaku aku ni bini dia sejak bila aku kawin dengan mamat perasan ni. Amanina malu untuk memandang lelaki di sebelahnya malah dia merasakan lebih selesa pulak di peluk camtu. Rasa selamat beb.

      Aku lihat pemuda ‘gila seks’ tadi terus keluar dari lif setelah lif berhenti di tingkat dua. Aku masih tak berani memandang wajah lelaki di sebelahku. Pautan di pinggangku di leraikan Aku berpura-pura membetulkan kebaya yang aku pakai. Padahal dah cantik pun. Tak yah belek-belek dah mama..... memang dah cantik pun, tergiang-giang setiap patah  hero ‘buah hatiku’.

“Erm...cik....” Tak sempat dia memulakan kata aku segera berlalu keluar dari pintu lif tanpa melihat wajahnya.

            Malunya....siapa la lelaki berani peluk aku tadi. Dah la tak cakap terima kasih kat dia. Tentu lelaki tu benggang dengan wanita sombong cam aku ni. Aduh menyesal pulak. Dah la dia selamatkan aku dari pemuda ‘gila seks’ tu. Tapi.....dia peluk aku tadi aku tak marah pulak...isy....tak leh jadi ni. Aku kena jumpa jugak lelaki tadi nak marah dan ucap terima kasih sekali kat dia. Isy...boleh ke camtu. Dah marah pastu nak ucap ‘baik-baik sayang’ pulak. Dia bukannya Izat yang boleh aku bergurau. Aku berpatah balik tapi kelibat lelaki tadi dah tiada. Alamak....baru je nak marah....lesap pulak.... mana nak cari lelaki segak tadi tu. Segak ke? Erm...apa-apa je la Nur Amanina.